5 Aplikasi yang boleh membantu pelajar lulus cemerlang

Para pelajar mungkin merasa tertekan semasa belajar untuk peperiksaan. Bukan pelajar sahaja, malah orang-orang di sekeliling mereka pun akan rasa yang sama. Terutamanya ibu bapa, mereka juga risau bagi anak mereka dalam penyediaan peperiksaan. Tetapi kini sudah ada penyelesaian bagi masalah seperti ini. Mungkin anda seorang pelajar, ataupun ibu bapa pelajar, anda perlu tahu bahawa banyak aplikasi-aplikasi di internet telah disediakan untuk membantu pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan. Semoga aplikasi-aplikasi ini dapat bantu pelajar mengurangkan tekanan dan menduduki peperiksaan dengan hati yang tenang.

SAPS Ibu Bapa6 merupakan sistem atas talian yang diwujudkan oleh kerajaan bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar menyemak keputusan peperiksaan yang lepas. Dengan ini, analisis dapat dibuat dan dilihat dengan jelas tentang kekuatan dan kelemahan pelajar. Fungsi ini amat berguna bagi ibu bapa memantau perkembangan prestasi anak mereka.

Tujuan utama kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa ini adalah untuk memudahkan ibu bapa. Sebelum sistem ini diperkenalkan, ramai pelajar yang tidak jujur akan menyembunyi atau cuba mengubahkan markah peperiksaan. Hal seperti ini tidak akan berlaku lagi dengan adanya sistem SAPS Ibu Bapa. Ibu bapa boleh merujuk keputusan peperiksaan anak mereka secara keseluruhan tanpa perlu lagi menunggu anak-anak menunjukkan kad laporan. Hanya perlu melayari ke laman web SAPS Ibu Bapa dan mengisikan nombor kad pengenalan, dan semua akan dipaparkan. Dengan ini, ibu bapa akan tahu jika prestasi anak mereka merosot, seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk membaiki keputusan mereka. SSAPS adalah amat berguna kepada ibu bapa untuk mengawasi perkembangan pencapaian anak mereka di sekolah. Bukan itu sahaja, ia juga memberi manfaat kepada pihak guru, kerana ibu bapa boleh bekerjasama dalam memantau perlakuan anak mereka di rumah. Keputusan peperiksaan juga dipaparkan di sistem untuk mengingatkan mereka membuat persediaan awal bagi menduduki peperiksaan. Guru juga boleh maklumkan maklumat-maklumat kepada ibu bapa melalui sistem, dan boleh membuat perubahan dengan segera jika terdapat sebarang perubahan.

Evernote3 merupakan satu aplikasi yang sesuai kegunaan orang ramai terutamanya kepada para pelajar. Evernote merupakan aplikasi kepada telefon pintar, tablet dan komputer. Aplikasi ini membolehkan pelajar mengakses nota mereka pada bila-bila masa. Nota tersebut disimpan dalam akaun pelajar, dan boleh dibuka dengan menggunakan mana-mana peranti asalkan ada perkhidmatan internet. Dengan ini, pelajar boleh dapat membaca nota mereka walaupun berada di luar. Evernote membenarkan pelajar mencatat nota dalam pelbagai cara. Pelajar boleh membuat cacatan dengan cara melakar dengan menggunakan fungsi pencil yang disediakan. Bukan itu sahaja, Evernote membolehkan pelajar mengabung semua bahan mereka ke satu tempat. Bahan seperti video, audio, gambar boleh dikumpul, simpan dan dibaca kemudian. Fungsi ini boleh digunakan tanpa internet jika bahan-bahan tersebut sudah disimpan dalam memory.

Edmondo ialah sebuah alat atas talian yang mempunyai fungsi yang serupa dengan aplikasi di atas. Edmondo merupakan satu platform yang membolehkan saling berinteraksi antara pelajar, ibu bapa dan guru. Edmondo juga boleh digunakan dalam pelbagai peranti, dan dilayari pada bila-bila masa. Dengan menggunakan Edmondo, guru boleh menyemak dan memberi markah kepada latihan atau kerja rumah para pelajar melalui telefon pintar. Ia boleh sentiasa menghubungkan pelajar, ibu bapa dan guru untuk tujuan ulang kaji dan sebagainya. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangan proses pembelajaran anak mereka dengan Edmondo. Ia merupakan aplikasi yang baik kerana ianya adalah percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia memudahkan para guru untuk menyemak latihan pelajar di mana-mana tempat. Juga mengikuti perkembangan hasil seperti projek, kajian dan laporan yang dilakukan oleh pelajar. Pelajar juga boleh mendapat bahan-bahan yang berguna di Edmondo untuk dirujuk. Pelajar tidak akan merasa bosan kerana Edmondo bagaikan satu kelas maya atas talian. Dengan semua pelajar dan guru terlibat, mereka boleh meneruskan proses pembelajaran tanpa membazir masa. Mereka juga boleh membuat ulang kaji bersama-sama sebagai penyediaan awal bagi menduduki peperiksaan.

Quizlet6 merupakan alat interaktif yang membenarkan pengguna menghasilkan kuiz dan permainan-permainan kecil sendiri. Pengguna boleh berkongsi kuiz tersebut kepada rakan-rakan melalui pelbagai peranti seperti laptop dan telefon pintar. Quizlet amat berguna kepada para guru bagi menghasilkan kuiz yang berkenaan dengan sukatan pelajaran dan menghantar kepada para pelajar. Pelajar boleh memulakan kuiz tersebut hanya dengan menekan butang mula. Dengan ini, guru akan dapat tahu tahap perfahaman pelajar-pelajar terhadap apa yang telah diajar. Selain itu, pelajar sendiri boleh menggunakan Quizlet untuk membuat ulangan secara individu. Dengan menghasilkan kuiz sendiri, pelajar boleh mengingati dan menghafal nota-nota dengan lebih berkesan. Kajian mengatakan bahawa benda yang kecil adalah lebih senang dihafal dan diingati oleh otak manusia. Dengan bantuan Quizlet, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan cara yang berlainan dan cara ini adalah lebih efektif. Pelajar tidak perlu membaca keseluruhan buku, hanya dengan beberapa kuiz kecil sahaja akan mengingati dengan lebih pantas. Pelajar juga boleh bermain permainan kuiz bersama-sama secara berkumpulan. Hal Ini dapat saling memberi manfaat dan mempertingkatkan prestasi para pelajar dalam pelajaran.

Be the first to comment on "5 Aplikasi yang boleh membantu pelajar lulus cemerlang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*