5 Cara Berkesan Belajar Menggunakan Internet

Pelajar selalu merasa kurang yakin sebelum menduduki peperiksaan kerana tidak cukup ulang kaji dalam pelajaran. Bagi pelajar yang inginkan keputusan cemerlang, mereka mungkin sudah buat persediaan beberapa bulan lebih awal berbanding dengan rakan-rakan lain. Namun bagi kebanyakkan pelajar, mereka selalu tidak menghabiskan sukatan pelajaran. Kadang-kadang mungkin tinggal beberapa hari sahaja sebelum tarikh peperiksaan, baru mereka mula belajar. Tetapi dalam tempoh yang singkat ini, agak susah bagi mereka habis belajar, memahami dan menghafal buku yang tebal. Jadi mereka perlu bertindak bijak, mengelakkan daripada membaca buku yang tebal. Mereka perlu bergantung kepada nota penting yang cukup ringkas bagi mengulang kaji dengan berkesan.

Persediaan yang paling penting sebelum menduduki peperiksaan adalah jangan sesekali mengabaikan kesihatan badan. Hal ini kerana otak anda akan menjadi kurang cekap jika jatuh sakit, dan ia dengan pastinya akan menjejaskan prestasi peperiksaan. Semua yang dibelajar dan ulang kaji selama ini mungkin akan sia sia sahaja disebabkan jatuh sakit. Jadi amat penting dan harus sentiasa memberi perhatian kepada keadaan kesihatan badan. Untuk mengekalkan kesihatan, pelajar harus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Senaman yang mudah boleh bantu mengurangkan risiko penyakit atau jangkitan, manakala makanan yang seimbang juga dapat memastikan otak anda cergas.

Pelajar harus ingat bahawa kerjayaan akan datang jika anda membuat persediaan yang mencukupi. Jadi anda perlu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan. Teknologi manusia yang semakin berkembang pada masa kini memudahkan komunikasi antara seluruh dunia. Ini merupakan peluang yang bagus bagi pelajar kerana dapat mendapat mencari maklumat dalam rangkaian internet pada bila-bila masa. Terdapat 5 cara yang berkesan belajar menggunakan internet yang dapat membantu pelajar mengharungi peperiksaan yang mencabar.

  1. Mencari maklumat menggunakan internet
    Internet dikenali sebagai satu alat yang sangat berguna untuk mencari maklumat. Hanya perlu menaipkan apa yang ingin tahu, ratusan maklumat akan dipaparkan dalam sekelip mata. Maklumat-maklumat ini termasuk artikel dan kajian lepas bersamaan dengan bukti. Internet juga membekalkan buku-buku percuma bagi pelajar sebagai bahan pelajaran. Pelajar boleh muat turun bahan tersebut dalam dokumen. Hal ini memudahkan pelajar merujuk bahan tersebut tanpa perlu mengekses perkhidmatan internet. Bukan itu sahaja, platform seperti Youtube juga membekalkan bahan dalam bentuk video, dimana lebih mudah difahami oleh pelajar berbanding dengan bahan bertulis. Bahan video yang disediakan juga mempunyai sarikata dalam beberapa bahasa yang boleh ubah di setting. Dengan semua bahan yang tersedia dalam internet. Pelajar mesti akan dapat maklumat yang berguna dan membantu dalam pelajaran mereka. Salah satu channel untuk pelajar untuk mendapatkan tip peperiksaan UPSR ialah channel astro tutor tv3.
  2. Berhubung dengan orang pakar
    Bukan sahaja alat pencarian maklumat, malah internet juga bertindak sebagai alat bagi menghubungkan orang dari seluruh dunia. Pelajar boleh meminta bantuan daripada mereka yang lebih pakar untuk menjawab soalan dalam pelajaran. Bukan itu sahaja, para pelajar boleh menggunakan media sosial seperti Facebook untuk meminta bantuan daripada kawan-kawan ataupun guru. Fungsi ini tidak dikenakan bayaran selagi mempunyai internet. Ramai juga yang menggunakan aplikasi telefon seperti Whatsapp dan telegram untuk mewujudkan group khas bagi pelajar-pelajar dan guru kelas di sekolah. Aplikasi-aplikasi ini memudahkan sesi perbincangan dan perkongsian maklumat. Guru boleh menghantar nota penting kepada pelajar-pelajar secara serentak tanpa membazir masa. Pelajar boleh terus tanya soalan dengan guru menggunakan aplikasi jika terdapat soalan yang kurang faham semasa ulang kaji di rumah. Dengan ini, prestasi pelajar dapat dipertingkatkan dengan berkesan.
  3. Perpustakaan atas talian
    Ramai pelajar yang mungkin tidak tahu bahawa internet juga terdapat banyak perpustakaan yang membekalkan pelbagai jenis bahan pelajaran. Sebagai contoh, artikel, kajian, data, bahan audio dan video. Juga terdapat e-buku yang dapat membantu para pelajar dalam penyediaan folio, projek, laporan dan sebagainya. Semua bahan yang disediakan adalah percuma untuk dirujuk oleh para pelajar. Pelajar juga boleh muat turun ke telefon atau komputer untuk dibaca tanpa internet.
  4. Pertanyaan soalan
    Internet merupakan satu tempat yang bagus jika terdapat sebarang soalan. Pelajar boleh mendapat jawapan daripada pelbagai pihak. Platform seperti Quora, Student Malaysia Forum1, Wiki Answers, Yahoo Answers dan sebagainya merupakan tempat yang amat berguna untuk membuka topik, soalan dan masalah untuk dibincang. Pengguna yang lain akan bantu menjawab soalan jika mereka ada penyelesaian. Untuk menyertai platform-platform ini selalunya hanya memerlukan akaun email dan kata laluan untuk mendaftar. Pelajar akan terus diberitahu oleh sistem jika soalan yang dikemukakan sudah dijawab. Pelajar boleh terus menanya soalan sekiranya masih tidak puas hati.
  5. Melayari panduan belajar atau peperiksaan
    Internet adalah tempat yang baik untuk mencari panduan belajar atau peperiksaan. Guru-guru atau bekas pelajar selalunya akan berkongsi panduan atau pengalaman dalam pelajaran. Guru-guru sering berkongsi bahan-bahan pelajaran di blog sendiri untuk memudahkan pelajar membuat rujukan. Bahan-bahan ini seperti nota ringkas, nota penting, teknik menjawab soalan dan sebagainya yang dapat membantu para pelajar. Bekas pelajar pula berkongsi tentang pengalaman mereka semasa menduduki peperiksaan. Sebagai contoh, peperiksaan SPM, STPM, MUET dan lain-lain. Mereka mungkin terdapat pelbagai pengalaman yang menarik dan teknik yang berguna kepada pelajar akan menduduki peperiksaan.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa kini boleh menggunakan internet untuk menyemak keputusan peperiksaan secara atas talian. Sistem SAPS Ibu Bapa merupakan contoh laman web yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan penyemakan keputusan oleh para pelajar dan ibu bapa. Sistem ini merekod dan menyimpan keputusan peperiksaan daripada setiap sekolah dalam negara untuk dianalisis. Di sekolah, para guru subjek dan guru mata pelajaran dikehendaki mengemaskini keputusan peperiksaan ke sistem. Dengan ini, keputusan peperiksaan pelajar akan dipaparkan di atas talian berdasarkan maklumat pelajar, subjek yang diambil dan pencapaian keputusan. Sistem SAPS Ibu Bapa ini membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan pencapaian anak mereka dengan terperinci seperti nilai nilai gred purata, gred subjek dan kedudukan pencapaian. Hal ini memudahkan mereka mengawal dan menyelia prestasi anak mereka serta merta tanpa perlu pergi ke sekolah.

Be the first to comment on "5 Cara Berkesan Belajar Menggunakan Internet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*