6 Kebaikan Penggunaan SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa selalu salah faham bahawa teknologi itu akan mendatangkan lebih banyak keburukan terhadap anak-anak. Tetapi mereka tidak sedar bahawa teknologi boleh membantu dalam perkembangan prestasi anak mereka. Salah satu usaha daripadanya ialah kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa yang merupakan penyemak keputusan atas talian.

SAPS Ibu Bapa merupakan kaedah atau alat yang terkini diwujudkan bagi ibu bapa melihat keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian. Sistem ini berfungsi dengan mudah, ibu bapa boleh mendapat keputusan anak mereka hanya dengan mengisi nombor kad pengenalan anak. Sistem SAPS Ibu Bapa akan terus memaparkan keputusan peperiksaan tersebut serta merta untuk dirujuk.

Ramai ibu bapa berpendapat dimana kaedah ini adalah kurang hormat terhadap anak-anak. Anak mereka mungkin tidak mahu melihat keputusan peperiksaan mereka dipaparkan. Namun hal ini seharusnya tidak perlu dibimbang oleh ibu bapa. SAPS Ibu Bapa ini sebenarnya mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

  1. Pemantauan prestasi anak-anak
    Kebaikan yang paling besar adanya sistem SAPS Ibu Bapa ini adalah bagi peluang ibu bapa mengikuti prestasi anak mereka. Ramai ibu bapa sebenarnya langsung tidak tahu keadaan anak mereka berada di sekolah. Mereka hanya sedar apabila diberitahu oleh guru mata pelajaran pada hari permuafakatan. Hal ini juga menyukarkan komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dengan guru, kerana ibu bapa tidak dapat mengikuti perkembangan pencapaian anak mereka dari semasa ke semasa.

Namun masalah ini dapat diselesaikan dengan wujudnya sistem SAPS Ibu Bapa. Ibu bapa diberi peluang mengikuti dan memantau prestasi anak mereka. Juga memudahkan sesi komunikasi ibu bapa dengan guru mata pelajaran tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini, masalah pelajar dapat dikesan dengan mudah dan dapat diberi bantuan daripada dua pihak untuk menyelesaikannya.

  1. Kawalan terhadap setiap keputusan peperiksaan
    Seperti yang dimaklumkan, matlamat sistem ini diwujud adalah untuk memudahkan ibu bapa melihat pencapaian peperiksaan anak mereka. Kewujudan sistem ini mungkin menimbul perasaan takut anak-anak, sebab risau prestasi di sekolah tidak mencapai permintaan ibu bapa. Sebelum ini, mereka akan cuba menyorokkan kertas ujian daripada ibu bapa jika mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Hal ini akan menyebabkan keputusan anak mereka semakin teruk kerana kurangnya kawalan ibu bapa. Dengan adanya SAPS Ibu Bapa, ibu bapa boleh mendapat tahu setiap keputusan peperiksaan.

SAPS Ibu Bapa boleh digunakan untuk menyemak keputusan pelajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, kecuali peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM. Dengan SAPS Ibu Bapa, ibu bapa boleh mengetahui pencapaian anak secara terperinci. Pencapaian pelajar akan dianalisis dan dipaparkan bersamaan dengan nilai gred purata, gred setiap subjek, kedudukan pencapaian dan sebagainya.

  1. Terlibat dalam perkembangan prestasi anak
    Selalunya pelajar akan menumpulkan perhatian dalam kelas semasa sesi pembelajaran. Tetapi ada masanya pelajar tidak dapat memahami dengan sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Jadi ibu bapa bermain peranan yang penting dalam membantu anak mereka dalam mengatasi masalah ini.

Dengan bantuan SAPS Ibu Bapa, kemerosotan pencapaian anak dapat dikenalpasti. Ibu bapa boleh menghubungi guru mata pelajaran tersebut untuk sama-sama membincangkan penyebab kemerosotan keputusan peperiksaan. Kerjasama antara ibu bapa dengan guru diperlukan untuk sama-sama menyelesaikan masalah anak mereka. Dengan ini, pelajar dapat mengharungi masalah tersebut dan meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

  1. Kerjasama antara ibu bapa dan guru
    Dalam SAPS NKRA, terdapat satu fungsi yang dapat memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa boleh memberitahu guru mata pelajaran jika terdapat salah letak markah atau masalah-masalah yang lain. Hanya dengan meninggalkan komen, guru akan dapat lihat dan bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila komunikasi antara ibu bapa dan guru menjadi lebih senang, hal ini dapat memudahkan banyak perkara. Dengan cara ini, ibu bapa tidak perlu sentiasa merisau tentang pembelajaran anak mereka. Guru akan membuat keputusan dan bertindak dengan sesuai dalam sesi pengajaran agar memuaskan hati ibu bapa.

  1. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan anak
    Satu fenomena yang selalu berlaku dalam setiap keluarga ialah, ibu bapa mahu anak-anak mengejar kerjayaan dalam sesuatu bidang tertentu. Hal ini akan memberi tekanan kepada anak-anak jika mereka ada fikiran yang lain. Sebagai contoh, ibu bapa inginkan anak menjadi seorang doktor, namun anak mereka lebih suka dalam bidang sastera. Jadi anak mereka terpaksa masuk ke aliran sains untuk memuaskan hati ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan keupayaan anak tersebut disekat dan menjejaskan prestasi pembelajaran.

SAPS Ibu Bapa boleh membantu ibu bapa dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka. Ibu bapa akan dapat tahu jika pencapaian anak mereka lebih bagus dalam sesetengah subjek. Pada masa yang sama, mereka tidak patut memaksa anak mereka mengambil subjek yang tidak mampu menangani. Ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mengenai impian anak mereka sendiri.

  1. Pelajar akan belajar lebih bersungguh-sungguh
    Ibu bapa harus ingat bahawa anak-anak akan belajar lebih bersungguh-sungguh, jika mereka tahu ibu bapa mereka menggunakan SAPS Ibu Bapa. Anak-anak tidak mahu keputusan mereka yang kurang memuaskan dilihat oleh ibu bapa. Untuk memastikan tidak mengecewakan hati ibu bapa, mereka akan lebih berusaha mengulang kaji pembelajaran.

Ibu bapa harus memberi ruang dan motivasi untuk anak-anak agar mereka tidak merasa tertekan. Dengan ini, mereka akan dapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang kerana tiada tekanan yang pengaruhi mereka.

Be the first to comment on "6 Kebaikan Penggunaan SAPS Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*