Adakah ganjaran yang menjanjikan kecemerlangan?

Hai, apa khabar semua terutama para ibu bapa. Pasti beberapa bulan
kebelakangan ini masa anda terisi dengan pelbagai aktiviti akademik
bersama anak bukan. Sinonim dengan deretan peperiksaan umum yang
diadakan pada tempoh ini. Persoalan di sini, wajar kah anda memberi
imbuhan wang sekiranya anak berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan yang dihadapi?

Sesetengah pelajar dijanjikan dengan pelbagai jenis hadiah misalnya wang
ringgit, mengambil lesen kereta yang ditaja penuh serta percutian ke mana
sekiranya mereka memperoleh keputusan yang cemerlang. Namun, dapat
kah cara ini meninggalkan sebarang kesan dalam diri mereka? Bukankah
ibu bapa sepatutnya menghargai usaha dan bukan lah sekeping slip
peperiksaan yang memapar deretan A. Menjanjikan sesuatu bagi
memperoleh sesuatu sebagai ganti tentulah menambahkan tekanan kepada
anak anak. Mereka tersekat dalam situasi menang atau kalah. Mereka perlu
akur pada kemahuan ibu bapa bagi mendapatkan ganjaran atau bakal
berputih mata di penghujung hari.

Saya hanya mahu melihat anak anak berusaha dalam mempelajari sesuatu
perkara. Kemudian, saya juga mahu dia sedar, dengan usaha yang
berterusan serta tekad yang utuh bakal menjanjikan keputusan cemerlang.
Sesuatu yang bakal memberi makna pada masa depannya.

Ellie Vane, seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak, sepasang kembar
berusia 15 tahun. Anaknya yang paling kecil pula sudah berusia 14 tahun.
Anak-anaknya pula bakal menghadapi peperiksaan umum dalam tempoh
yang berturutan. Lingkungan masa yang penuh tekanan bukan? “Anak
bongsu saya, seorang lelaki yang malas untuk mengulang kaji tetapi sangat
pintar. Sangat berlainan dengan sikap kedua-dua kakaknya, mereka perlu
berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang setara adiknya”
“Saya dan suami sentiasa dalam dilema. Kami sentiasa mencari cara
meyakinkan anak kembar kami bahawa usaha yang lebih penting. Kami
tidak mahu mereka tertekan dengan hasil yang diperoleh. Pada masa yang
sama, kami sering menasihati si bongsu untuk kekal fokus. Menjadi pintar
satu anugerah, tetapi tanpa usaha semua keajaiban akan mula hilang”
Puan Vane sering dihormati kerana mengamalkan cara yang betul dalam
menghargai jasa anak-anak. “Kita perlu menghargai usaha dan bukannya
sekeping slip keputusan sahaja. Anda tidak akan rugi dengan
mengeluarkan sedikit modal untuk membeli tiket konsert kepada anak-
anak bukan? Mereka pasti terkesan dengan curahan kasih sayang daripada
anda”

“Buat anak lelaki saya, nasihat sentiasa dititipkan sepanjang masa. Saya
yakinkan dia, dengan usaha yang berterusan bersama kepintaran yang
dianugerahkan, satu kejayaan yang unggul bakal dicipta”
Liat Hughes Joshi, editor untuk majalah New Old Fashioned Parenting,
berpendapat bahawa ganjaran yang ditawarkan bakal menjadi pembakar
semangat untuk mereka terus belajar. Namun, dia tidak menolak, dalam
dunia sedia ada mencabar ini, tekanan yang tinggi perlu ditanggung pada
masa yang sama oleh anak anak.

Selain itu, Hughes Joshi percaya ganjaran merupakan satu kelebihan,
namun kelemahan dalam teknik ini jelas kelihatan. Memberi fokus hanya
pada keputusan tidak akan memberikan apa-apa kelebihan. Setiap anak
mempunyai kelebihan yang berbeza. Keputusan yang kurang
memberangsangkan mungkin berpunca daripada cara penyampaian ilmu
kurang praktikal oleh tenaga pengajar atau mungkin soalan peperiksaan
pada tahap sukar. Henti salahkan diri anak anak.

Hughes Joshi juga mengutarakan pendapat bahawa cara menghargai usaha
yang ditunjukkan mungkin juga tidak praktikal. Anda tidak dapat
mengukur tahap usaha yang mereka laburkan. Anda di ruang tamu,
manakala anak anak di dalam bilik. Mungkin juga mereka sedang berpura-
pura belajar bukan?

Seorang pensyarah psikologi daripada Universiti Birmingham memberi
amaran, tenik memberi ganjaran sebenarnya akan memusnahkan
keyakinan dalam diri. Bayangkan jika mereka gagal memperoleh keputusan
yang diimpikan, sudah tentu mereka akan rasakan segala usaha yang
dicurahkan menjadi sia-sia. Fahami diri anak anak. Mereka mempunyai
kemampuan yang berbeza. Anda mungkin menjanjikan bulan sekiranya
mereka berjaya mencapai keputusan yang anda impikan. Hakikatnya, di
penghujung hari, mereka masih gagal. Perkara ini bakal membunuh
kemampuan diri mereka terus tanpa belas kasihan.

Seorang direktor daripada Rednock School yang terletak di Gloucestershine
memberi pendapat yang berlainan. “Semuanya bergantung kepada pelajar
itu sendiri. Jika dia mampu memperoleh sesuatu keputusan melalui
ganjaran yang ditawarkan, rasanya kita tidak perlu memberi apa apa
halangan bukan?” Beliau yakin insentif yang ditawarkan bakal menjamin
fokus anak di tahap optimum. Perkara ini bakal menjadi perangsang
kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk terus berusaha.
Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan A-level mempunyai
pendapat tersendiri. Bapanya telah menawarkan insentif wang tunai
sekiranyan dia berjaya dalam peperiksaan. Namun dia yakin semuanya
bergantung kepada diri. “Walaupun ayah menawarkan pelbagai ganjaran
bagi menyemarakkan lagi usaha saya untuk belajar, hakikatnya keputusan
yang baik demi masa depan saya. Mungkin ini merupakan cara mereka
menzahirkan dorongan dan sokongan kepada usaha saya”

“Kami bukan obsesi dengan slip keputusan yang sempurna, kami cuma
mahu anak-anak berusaha” Kata seorang bapa yang ditemu ramah oleh
portal surat khabar maya terkenal dalam negara. Penting untuk anak
berasa gembira sepanjang proses ini. Sebolehnya tiada langsung tekanan
yang timbul. Pembelajaran sepatutnya proses yang menggembirakan
bukan?

Be the first to comment on "Adakah ganjaran yang menjanjikan kecemerlangan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*