Dua Nama Sama Pada Lembaran Markah di Dua Kelas Yang Berbeza

Tanya: Saya merupakan guru di sebuah sekolah yang baharu sahaja dibuka dan belum lagi didaftarkan di dalam sistem SAPS. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftarkan sekolah ini?

Pihak sekolah berkenaan perlu menghubungi pegawai perhubungan SAPS di JPN. HELPDESK SAPS kemudiannya akan mendaftarkan kod sekolah yang baharu untuk sekolah anda. Setelah dimaklumkan berkenaan pendaftaran tersebut, pihak sekolah perlu melantik seorang SUP dan SUP tersebut perlu mendaftarkan dirinya ke dalam portal SAPS.

Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftarkan nama guru-guru dan pelajar-pelajar ke dalam SAPS untuk kali pertama?

Pihak sekolah terlebih dahulu perlu mengemaskini data berkenaan guru-guru dan pelajar-pelajar melalui portal APDM. Setelah selesai, barulah SUP boleh Import data tersebut ke dalam SAPS.

  1. Pilih MENU ADMIN > Import Data APDM
  2. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Senarai Murid SAPS & APDM
  3. Kemudian, klik sama ada pada menu Import Darjah atau IMPORT DATA APDM

Nota: Proses Import boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu:

  1. Import secara keseluruhan dengan klik pada menu IMPORT DATA APDM
  2. Import secara IMPORT DARJAH
  3. Import secara IMPORT INDIVIDU

Be the first to comment on "Dua Nama Sama Pada Lembaran Markah di Dua Kelas Yang Berbeza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*