Gred Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah mengikut tangga markah

Dalam SAPS Ibu Bapa terdapat short form SR dan SMR dan SMA yang telah mengelirukan ramai pengguna. SR bermaksud sekolah rendah, SMR bermaksud Sekolah Menengah Rendah dan SMA bermaksud sekolah menengah atas. Gred permarkahan yang diberi terhadap kelas tahun 1 ke tahun 5 adalah berbeza dengan gred permarkahan tingkatan 1 ke tingkatan 5.

Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (Menengah Rendah/Atas) Yang Terkini Beserta Tafsiran.

Gred Sekolah Rendah
Julat Markah Gred Catatan
80-100 A Cemerlang
65-79 B Baik
50-64 C Memuaskan
40-49 D Mencapai Tahap Minimum
0-39 E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak hadir

Gred Menengah Rendah
Julat Markah Gred Catatan
85-100 A Cemerlang
70-84 B Kepujian
60-69 C Baik
50-59 D Memuaskan
40-49 E Mencapai Tahap Minimum
0-39 F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak hadir
Gred Menengah Atas
Julat Markah Gred Catatan
90-100 A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 A Cemerlang Tinggi
70-79 A- Cemerlang
65-69 B+ Kepujian Tertinggi
60-64 B Kepujian Tinggi
55-59 C+ Kepujian Atas
50-54 C Kepujian
45-49 D Lulus Atas
40-44 E Lulus
0-39 G Gagal
TH TH Tidak hadir

Be the first to comment on "Gred Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah mengikut tangga markah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*