Kecewa Melihat Keputusan Peperiksaan? Tip Mudah Untuk Menjadi Positif

United Kingdom sedang mengalami musim bunga sekarang. Kelihatan rimbunan pokok semakin rendang dengan hasil buah-buahan. Musim penting dalam mengutip hasil pertanian.

Begitu juga buat kebanyakan remaja di sana. Menanti masa untuk mengutip hasil selepas berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan umum yang mungkin pertama kali dihadapi. Persoalan mula berlegar, selepas memperoleh keputusan, apakah reaksi dan tindakan yang perlu di ambil. Khasnya ketika menghadapi situasi kegagalan.

Benar, ibu bapa pasti menghabiskan kebanyakan masa mereka serta jumlah duit yang banyak dalam menyiapkan diri anak ketika menghadapi peperiksaan. Jika anak gagal untuk mencapai jangkaan anda, perasaan bersalah,kecewa dan tertekan mula menyelubungi diri. Anda mula rasa tersepit, perasaan malu menjelma ketika anak rakan yang lain berjaya dengan cemerlang.

Anda tahu sesuatu sedang berlaku namun gagal untuk mengesan sebarang kelainan. Saya tidak hairan sekiranya anda mula berubah menjadi seorang yang pemarah-anda tahu anda mahukan sesuatu daripada anak anak tetapi anda gagal memperolehnya. Anda mula meletakkan diri dalam keadaan depresi. Sudah hilang nilai kemesraan dalam hubungan kekeluargaan. Pertanyaan saya, pernah anda memikirkan perasaan anak dalam menghadapi situasi berkenaan? Jika tidak, anda perlu sedar bahawa anda telah menekan diri anak dan mengganggu proses mereka untuk menerima kenyataan. Sebagai seorang remaja, anda pasti dahagakan kemanisan sebuah kejayaan. Sekiranya anda berjaya mengecapnya, sekalung tahniah diucapkan. Jika tidak, ke mana arah tuju anda seterusnya?

Situasi yang mungkin anda bakal alami ialah anda mula tertekan dengan keadaan sekeliling, rasa bersalah, dan hilang keyakinan pada diri sendiri. Kemungkinan hal ini turut berpunca daripada tanggapan daripada ahli keluarga. “Sepatutnya usaha lagi, kami sudah banyak mengeluarkan wang untuk membayar nilai kejayaan kamu” ,”Kami kecewa dengan keputusan kami” Ya, ada di antara ibu bapa sanggup menepi perasaan anak dalam menzahirkan kekecewaan mereka. Natijahnya, anak berasa sunyi dan suara untuk membela diri terus terkunci. Anda sedar pada hakikat, usaha anda gembleng hanyalah buat mereka bukan untuk diri sendiri. Anda perlu ingat, masalah tidak akan pernah pupus. Oleh itu cari identiti sendiri dalam mengamati jalan penyelesaian terbaik. Anda akan sedar, masalah sebenarnya salah satu cara untuk menyempurnakan usaha diri. Ambil peduli pada diri, bertanggungjawab dalam setiap tindakan di ambil. Anda tidak perlukan penonton untuk melihat detik diri membuat perubahan 360 darjah.

Pokoknya, anda ketua dalam kehidupan sendiri. Hakikatnya, kita yang menentukan takdir sendiri. Semua berbeza dan cara kita juga berbeza namun tiada yang sempurna. Persamaan hanyalah satu, kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ibu bapa dan kaum keluarga yang lain berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan keyakinan dalam diri. Selain itu, proses pembesaran dalam suasana yang “agak sulit” bakal memberi kesan
kepada masa hadapan. Pengalaman saya ketika bekerja dengan pelbagai lapisan umur, jika anda tidak mampu hadam kegagalan masa lampau, anda akan tersekat dalam suasana yang penuh dengan aura negatif.

Anda mungkin ingin menjadi seorang peguam, doktor, pegawai bank mahupun akauntan. Cita-cita anda sebenarnya mencorakkan perjalanan hidup. Integriti kepercayaan saya kepada anda adalah anda dilahirkan untuk berjaya, mungkin dalam perjalanan anda untuk menggapainya, anda tersekat dengan masalah , tersadung dengan ketidakpastian. Percaya pada diri, anda mampu mengatasinya.

Jika anda lebih selesa untuk menghadapi masalah dengan pakar terapi, pastikan anda mendapatkan rawatan bersama pakar terapi yang diiktiraf. Pelbagai cara untuk anda mengubah perspektif terhadap masa depan. Ibaratkan diri seperti sebuah pokok epal. Dalam rimbunan hasil buah yang banyak, pasti ada yang busuk dan perlu dibuang. Hanya yang
terbaik sahaja untuk dipasarkan. Begitu juga diri anda, buang segala aura negatif dan himpunkan tarikan positif .

Masa depan milik anda, dan hanya anda yang mampu mengubahnya.

Be the first to comment on "Kecewa Melihat Keputusan Peperiksaan? Tip Mudah Untuk Menjadi Positif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*