Kepentingan SAPS Ibu Bapa dan SAPS NKRA

Apa itu SAPS?

SAPS dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menyelesaikan masalah pengendalian data. Dengan adanya sistem SPAS sebagai pusat pangkalan data, masalah boleh dikurang, contohnya insiden konflik data yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di bahagian dalaman KPM boleh dielak.

Kepentingan SAPS

Melalui satu sistem yang berpusat, beberapa pihak seperti KPM, JPN, PPD boleh bekerjasama dengan lebih berkesan. Penjimatan masa merupakan kebaikan utama menggunakan sistem atas talian. Guru-guru dan pihak sekolah tidak perlu lagi membuat analisis dan pengiraan secara manual dan menghantarkan maklumat melalui pos lagi. Pihak sekolah hanya perlu membekalkan data ke dalam sistem SAPS NKRA (https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php) , hal ini telah memberi impak yang besar dengan meringankan beban guru-guru dan membolehkan guru-guru dapat memberikan fokus dalam pengajaran.
SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ) untuk memperbaiki cara pengajaran, seterusnya meningkatkan prestasi murid di sekolah tersebut.

Ibu bapa merupakan golongan kedua yang mendapat kebaikan sistem SAPS. Sistem SAPS Ibu Bapa (https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2) membolehkan ibu bapa mengetahui keputusan dan markah peperiksaan anak-anak. Biarpun reka bentuk laman web tersebut tidak begitu senang untuk dipandang, namun kesenangan dan keringkasan penggunaannya masih boleh dikira baik. Dengan memasukkan nombor IC anak-anak, ibu bapa dapat mengetahui keputusan ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian 2, peperiksaan akhir tahun dan percubaan UPSR,PT3 & SPM.

Terdapat penambahbaikan yang ketara pada sistem SAPS terutamanya pada kestabilan mengakses. Disebabkan sistem ini merupakan sistem yang menghubung rapat dengan sistem-sistem yang lain, kadang-kala pengguna perlu tunggu apabila kunjungan serentak ke laman web saps ibu bapa dilakukan oleh ramai pengguna.

Be the first to comment on "Kepentingan SAPS Ibu Bapa dan SAPS NKRA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*