Masalah Log Masuk SAPS NKRA

Masalah Log Masuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA

Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat ID untuk Log Masuk

Saya merupakan SUP sekolah. Saya cuba mengakses sistem SAPS menggunakan ID dan kata laluan saya namun ianya gagal. Apa yang perlu saya lakukan?
Terdapat beberapa kemungkinan keadaan ini berlaku. Pertama, anda berkemungkinan terlupa ID atau kata laluan anda yang sebenar. Kedua, anda mungkin tersilap taip huruf besar/huruf kecil pada ID atau kata laluan. Anda boleh menghubungi HELPDESK untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini.

Guru Mata Pelajaran/Guru Kelas Tidak Dapat ID untuk Log Masuk/Lupa Kata Laluan
Saya merupakan seorang GMP. Jika saya tidak dapat log masuk ke dalam sistem SAPS, apakah tindakan yang harus saya lakukan?
Anda perlu memaklumkan masalah ini kepada SUP sekolah dahulu. SUP kemudiannya akan menyemak sekiranya akaun GMP telah wujud atau masih belum wujud lagi. Jika akaun masih belum wujud, SUP akan menyediakan ID dan kata laluan yang baharu. Sekiranya akaun GMP telah wujud, SUP boleh memberikan ID dan kata laluan tersebut atau reset semula kata laluan.

Apakah langkah yang perlu saya ambil sebagai SUP untuk menyemak ID dan kata Laluan GMP tersebut?
SUP perlu log masuk ke dalam sistem SAPS dan ikut beberapa langkah seperti yang ditunjukkan di bawah:

  1. Klik Masuk mengikut jenis peperiksaan anda
  2. Kemudian, klik pada menu Kemudahan
  3. Sub menu seperti yang dipaparkan di dalam gambar akan keluar di mana terdapat menu Senarai Pengguna untuk anda klik
  4. Anda boleh melihat paparan ID log masuk dan juga Kata Laluan.

Be the first to comment on "Masalah Log Masuk SAPS NKRA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*