Panduan Isi Markah Percubaan SAPS untuk UPSR/PT3

Mengapa saya sebagai SUP sekolah tidak dapat membuat pengesahan markah bagi peperiksaan percubaan UPSR di dalam SAPS?

Salah satu sebab mengapa ianya berlaku ialah Guru Matapelajaran subjek teras masih belum selesai lagi mengisi markah untuk subjek tersebut di dalam SAPS. Butang Pengesahan Markah hanya akan dipaparkan setelah semua Guru Matapelajaran subjek teras selesai mengisi markah pelajar.
Bagaimanakah caranya untuk SUP membuat pengesahan markah bagi peperiksaan percubaan UPSR?

Setiausaha Peperiksaan boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pengesahan markah:

  1. Klik Masuk mengikut jenis peperiksaan
  2. Klik pada Tingkatan/Tahun yang terlibat.
  3. Kemudian, klik pada butang Pengesahan Markah
  4. Nota: Pengesahan Markah hanya boleh dilakukan apabila status pengisian markah berwarna HIJAU seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Anda tidak akan dapat melakukan Pengesahan Markah sekiranya status masih lagi MERAH. SUP perlu menyemak subjek teras yang masih belum lagi diisi markahnya dan meminta Guru Matapelajaran yang terlibat supaya mengambil tindakan.

Pengisian Markah Peperiksaan Percubaan

Saya merupakan Guru Matapelajaran bagi subjek Pendidikan Islam. Perlukah saya mengisi markah peperiksaan percubaan UPSR di dalam SAPS?
Hanya subjek teras seperti Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sahaja yang wajib diisi di dalam SAPS. Manakala bagi subjek bukan teras seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tidak termasuk dalam pengiraan GPS tetapi boleh sahaja jika dimasukkan ke dalam sistem.

Mengubah Bilangan Murid Mengikut Subjek Yang Diajar

Bagaimanakah caranya untuk Guru Matapelajaran Sains seperti saya mengubah bilangan murid mengikut subjek yang saya ajar sekiranya terdapat pertambahan murid di dalam kelas tersebut?

Guru Matapelajaran boleh mengubah bilangan murid dengan mengikuti cara seperti berikut:
Klik Masuk mengikut jenis peperiksaan

  1. Kemudian, klik MENU GURU MP
  2. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Markah Peperiksaan
  3. Seterusnya pergi ke bahagian Klik di sini untuk edit bilangan murid setiap subjek dan tekan menu tersebut

Penting:

  • Bilangan pelajar (Bil Pel) perlu sama dengan bilangan markah (Bil M) supaya status markah berwarna HIJAU.
  • Sekiranya Bil Pel salah, Guru Matapelajaran boleh mengubahnya mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan di atas.
  • Beliau perlu memastikan kesemua markah pelajar telah diisi untuk mengelakkan Bil M lebih kecil daripada Bil Pel.

Be the first to comment on "Panduan Isi Markah Percubaan SAPS untuk UPSR/PT3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*