Panduan Menggunakan Portal SAPS Ibu Bapa

Layari pautan Portal Semakan Ibu Bapa (SAPS IBU BAPA) di sini dan ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini untuk membuat semakan dan mendapatkan keputusan ujian/peperiksaan anak/jagaan anda.

Pertama sekali pergi ke ‘Carian Murid’ dan masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (sila pastikan nombor kad pengenalan atau sijil lahir tersebut adalah betul).

Selepas itu klik pada butang ‘Cari’. Sekiranya nombor kad pengenalan atau sijil lahir yang dimasukkan terdapat di dalam pangkalan data SAPS, ibu bapa/penjaga/pelajar boleh mengikuti langkah seterusnya.

Pergi pula ke bahagian ‘Carian Sekolah’ dan pilih negeri anda kemudian klik pada pada butang ‘Cari Di Sini’. Anda akan dipaparkan dengan senarai nama sekolah bagi negeri yang telah anda pilih. Pilih nama sekolah yng berkenaan dan klik pada butang ‘Semak’.

Seterusnya anda boleh menyemak keputusan peperiksaan dengan memilih tahun dan jenis peperiksaan dan klik pada butang ‘Papar Slip Keputusan’ atau ‘Papar Markah Peperiksaan’.

Sistem SAPS Ibu Bapa hanya menyediakan semakan untuk Darjah 1 hingga Darjah 6 bagi peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi peringkat Sekolah Menengah.

Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) supaya anda dapat membuka lampiran slip keputusan dan pemarkahan. Anda juga boleh menyemak rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun yang sebelumnya menerusi sistem aplikasi yang sama.

Contoh Slip Keputusan Peperiksaan dan Analisa Markah Peperiksaan

Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

Untuk makluman anda semua, keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak akan dipaparkan melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Bagi mereka yang ingin mendapatkan keputusan peperiksaan berkenaan, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau hubungi Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Be the first to comment on "Panduan Menggunakan Portal SAPS Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*