Panduan SAPS NKRA untuk guru mata pelajaran

PENGENALAN SAPS NKRA

  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
  • SAPS dibangunkan secara atas talian supaya pelbagai pihak seperti KPM, JPN, PPD dan pihak Sekolah dapat mencapai maklumat di dalam sistem ini. Sistem analisis ini selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  • Data yang telah tersimpan di dalam SAPS boleh diguna pakai untuk dibuat analisis oleh pihak-pihak berkeutamaan seperti PPD, JPN dan KPM.
  • Dengan adanya sistem sebegini, ianya dapat mengurangkan pelbagai karenah pihak yang datang ke sekolah untuk meminta data berkaitan peperiksaan. SAPS juga bertindak sebagai “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take of Value), AR (Actual Result) dan juga ETR (Expected Target Result).

Anda boleh mencapai Portal SAPS NKRA melalui laman sesawang berikut: https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

Setiap guru mata pelajaran boleh mengakses sistem ini untuk memasukkan data berkaitan keputusan pelajar mengikut peperiksaan yang diambil. Dengan adanya sistem ini, beban guru kelas dapat dikurangkan kerana sebelum ini mereka terpaksa memasukkan data keputusan bagi semua mata pelajaran sebelum boleh mendapat analisis bagi sesuatu peperiksaan.

Panduan SAPS NKRA untuk guru mata pelajaran

Mula mengakses SAPS
Untuk mengakses ke dalam sistem ini, anda perlu mendaftar ID Pengguna dan Kata Laluan.

Log masuk ke dalam sistem
Bagi pengguna yang telah mendaftar, mereka hanya perlu log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan Akses Kod dan Kata Laluan yang betul. Berikut merupakan cara untuk melakukannya:

  1. Masukkan akses kod anda (ID Pengguna)
  2. Masukkan kata laluan
  3. Tekan butang Login

Tetapan jenis peperiksaan

  1. Tetapan jenis peperiksaan akan memaparkan status berwarna hijau sekiranya ujian/ peperiksaan masih dibuka untuk dimasukkan markah atau untuk dikemaskini.
  2. Anda boleh klik pada butang Masuk sekiranya status berwarna hijau.

Paparan profil pengguna

Sila pastikan Nama, Jawatan dan Sekolah yang dipaparkan adalah betul.
Gambar di bawah menunjukkan paparan Guru Mata Pelajaran yang sedang berada dalam talian.

MENU GURU MATA PELAJARAN

1. Menu Guru Mata Pelajaran

Sebelum memulakan kerja-kerja memasukkan markah atau kemaskini, pilih dahulu menu yang berkaitan.

2. Mendaftar Mata Pelajaran

Guru mata pelajaran terlebih dahulu perlu mendaftar mata pelajaran yang diajar dengan klik pada Daftar MP melalui MENU GURU MP. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih Tingkatan/Tahun yang berkenaan
  2. Pilih Kelas yang diajar
  3. Masukkan Bilangan Murid Ambil mata pelajaran di ruangan yang disediakan
  4. Setelah selesai kesemuanya, klik butang Hantar

Apabila anda pergi semula ke menu Daftar MP, anda akan dapat melihat senarai kelas dan mata pelajaran yang diajar seperti yang telah didaftarkan.

Kemaskini Mata Pelajaran
Setiap mata pelajaran yang telah didaftarkan boleh diubah suai atau dihapuskan melalui butang Kemaskini MP. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih Tingkatan/ Tahun yang berkenaan
  2. Pilih Kelas yang diajar
  3. Pilih mata pelajaran yang hendak dikemaskini
  4. Setelah selesai, klik butang Simpan atau butang Hapus

Kemasukan Markah Ujian/ Peperiksaan
Bagi memulakan proses memasukkan markah ke dalam sistem, klik pada butang Markah Peperiksaan. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih Kelas dan Mata Pelajaran yang berkenaan
  2. Masukkan markah bagi setiap pelajar di ruangan yang disediakan
  3. Setelah selesai, klik butang Simpan Rekod

PERINGATAN: Sila pastikan BILANGAN Murid Ambil bagi mata pelajaran yang dimasukkan adalah betul.

TH = Tidak Hadir

1 = Markah Minimum

Markah TOV/ETR
Klik pada menu Markah TOV/ETR untuk mengakses penentuan TOV/ETR. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pilih Mata Pelajaran/ Kelas yang diajar
  2. Masukkan data berkenaan TOV dan Sasaran
  3. Setelah selesai, klik butang Simpan Target

PERINGATAN:

Sila klik ikon CETAK TARGET untuk membuat cetakan
Sila klik ikon Tong Sampah untuk menghapuskan semua data TOV/ETR bagi kelas tersebut

Menukar Kata Laluan

Terdapat butang Tukar Kata Laluan yang berfungsi untuk memudahkan pengguna menukar kata laluan. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Klik pada butang Tukar Kata Laluan
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan Lama
  4. Masukkan pula Kata Laluan Baru
  5. Masukkan Kata Laluan Baru sekali lagi untuk pengesahan
  6. Setelah selesai, klik butang Hantar

Be the first to comment on "Panduan SAPS NKRA untuk guru mata pelajaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*