Pendaftaran sistem SAPS bagi SUP (Setiausaha Peperiksaan)

Pendaftaran sistem SAPS bagi SUP (Setiausaha Peperiksaan)

Tanya: Saya baru sahaja didaftarkan sebagai SUP (Setiausaha Peperiksaan). Apabila saya log masuk ke dalam sistem SAPS, level saya masih lagi sebagai GMP dan bukannya SUP sekolah. Apakah tindakan yang harus saya ambil untuk menukar level tersebut?

Anda perlu memaklumkan hal ini kepada SUP lama supaya SUP lama boleh menyemak semula status anda untuk melihat level anda yang terkini.

Jika SUP lama masih lagi didaftarkan sebagai SUP sekolah, sila lakukan perkara seperti di bawah:

  1. Klik Masuk mengikut jenis peperiksaan anda.
  2. Kemudian, klik pada menu Kemudahan
  3. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada menu Tukar Admin
  4. Seterusnya, klik pada butang Pilih Guru dan anda akan dapat melihat senarai nama guru.
  5. Akhir sekali, pilih nama SUP yang baharu dan klik butang Hantar.

Tanya: Saya sebagai SUP baharu telah menggantikan SUP lama tetapi level saya masih lagi sebagai GMP manakala SUP lama telah bertukar level sebagai GMP. Apakah langkah yang perlu kami ambil?

SUP baharu perlu membuat laporan di HELPDESK SAPS untuk mengubah level daripada GMP kepada SUP sekolah dengan memberikan kod sekolah serta nombor KP SUP baharu.

Be the first to comment on "Pendaftaran sistem SAPS bagi SUP (Setiausaha Peperiksaan)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*