Pengenalan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

SAPS ini telah diperkenalkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman di setiap sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, sistem aplikasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini juga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa atau penjaga.

Antara manfaat yang ibu bapa atau penjaga dapat daripada sistem ini ialah mereka boleh mengetahui atau memantau perkembangan prestasi pembelajaran anak-anak/jagaan mereka di samping boleh memuat turun slip keputusan peperiksaan mereka secara atas talian melalui portal Semakan Ibu Bapa dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

Ibu bapa dan pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti bilangan mata pelajaran, jumlah markah, kedudukan dalam kelas/darjah, rekod kehadiran, peratus gred purata dan juga gred keseluruhan mata pelajaran berpandukan kepada slip keputusan peperiksaan (yang mengandungi analisis markah).
Ibu bapa/penjaga serta pelajar boleh membuat semakan keputusan ujian/peperiksaan secara atas talian dengan hanya mengikuti beberapa langkah mudah seperti yang dinyatakan di bawah.

Pautan Portal Semakan SAPS (Ibu Bapa/Pelajar)
Sila klik: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php765

Pautan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Guru)
Sila klik: https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php217

Kadang-kala laman web tersebut agak lambat disebabkan ia sebuat application yang menghubungkan beberapa sistem KPM yang lain, justeru gunakanlah kemudahan online ini dengan penuh kesabaran.

Be the first to comment on "Pengenalan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*