SAPS Ibu bapa ditutup mulai Jun 2018

KPM telah menutup aplikasi SAPS Ibu bapa buat sementara waktu akibat maklumat peribadi pengguna bocor. Dr Maszlee Malik yang merupakan menteri baharu mendakwa bahawa sistem saps ibu bapa sering diserang dan didapati kurang selamat pada aplikasi yang sedia ada.

Kebocoran telah melibatkan jutaan identiti dan maklumat pelajar telah disalahgunakan, termasuk MyKad ibu bapa yang menggunakan sistem tersebut.

“Pihak KPM tengah mengkaji dakwaan yang terima dan saya sudahpun arahkan penutupan sistem SAPS buat sementara waktu. Kami akan kenal pasti akan kelemahan sistem tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semasa temuramah.

Beliau berasa gembira sistem yang lain masih berfungsi. Beliau meminta pandangan dari semua pihak dalam perkara pembaharuan dalam kementerian.

Be the first to comment on "SAPS Ibu bapa ditutup mulai Jun 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*