Saps ibu bapa menjadi antara kata kunci tahunan

Menurut laporan dari Google, ‘saps ibu bapa’ menjadi top 5 kata kunci yang trending pada tahun 2016. Keyword lain yang turut trending termasuklah topik bola di Europah, BR1M, Pokemon Go dan RIo Olympics.

Sistem saps ibu bapa ini nampaknya hangat sambutannya baru-baru ini. Sebenarnya semakan keputusan ujian melalui saps telah diwujudkan beberapa tahun yang lalu. Sambutannya tidak seberapa akibat sistem yang lain seperti JPN dan PPD yang berkait rapat dengan saps masih tidak lengkap dan kekurangan kemasukkan data.

Pelaksanaan saps ibu bapa ini menggembirakan tapi pada masa yang sama juga menyedihkan. Antaranya sebab ialah laman tersebut direka dengan cuai sekali. Tiada panduan langsung dan ramai penjaga mahupun murid-murid sendiri mengadu tiada siapa yang boleh membantu sekiranya terdapat kemuskilan atau masalah log masuk ke dalam sistem saps tersebut. Terdapat beberapa aplikasi mobile di app store dan google play untuk saps, malangnya ia hanyalah replika kepada sistem laman web. Sesetengah Ibu bapa mengadu size perkataan sistem itu terlalu kecil menyebabkan kesukaran membaca.

Be the first to comment on "Saps ibu bapa menjadi antara kata kunci tahunan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*