SAPS Ibu Bapa: Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Akses

Saya merupakan ibu bapa kepada seorang pelajar dan mahu melihat keputusan anak saya melalui SAPS tetapi tidak berjaya mengakses sistem SAPS apabila memasukkan nombor KP atau nombor sijil lahir anak saya. Apa yang perlu saya lakukan?

Anda perlu menghubungi Guru Kelas anak anda dan maklumkan masalah tersebut kepadanya. GK kemudiannya akan menyemak nombor KP dan jika didapati nombor tersebut salah, perlu mengemaskini semula data di APDM dan maklumkan masalah ini kepada SUP sekolah.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Klik Semak mengikut jenis peperiksaan
  2. Kemudian, klik pada IMPORT DATA APDM> Senarai Murid SAPS & APDM
  3. Seterusnya, hapuskan nama pelajar yang mempunyai nombor KP yang salah dengan klik pada butang seperti di dalam gambar di bawah
  4. Tekan OK untuk menghapuskan nama pelajar berkenaan
  5. Selepas itu, klik pada butang Import untuk mendapatkan nombor KP pelajar yang terkini melalui SAPS
  6. Anda boleh melihat nombor KP terkini yang dipaparkan di bahagian SAPS

HELPDESK SAPS perlu dimaklumkan akan pertukaran nombor KP pelajar berkenaan dengan cara memberitahu nombor KP yang salah dan nombor yang baru ditukar supaya kemaskini dapat dilakukan. Seandainya tidak dimaklumkan, markah peperiksaan pelajar tidak akan dipaparkan di portal Semakan Ibu Bapa dan slip keputusan.

Be the first to comment on "SAPS Ibu Bapa: Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Akses"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*