SAPS NKRA: Pendaftaran dan Pertukaran Level Guru Mata Pelajaran/Guru Kelas

Pendaftaran Guru Mata Pelajaran Yang Baharu

Tanya: Saya merupakan seorang GMP dan baru sahaja mendaftarkan diri di sekolah ini. Bagaimanakah caranya untuk mendaftarkan diri saya sebagai GMP di dalam SAPS?

Anda boleh mengikuti dua kaedah seperti di bawah ini untuk mendaftar sebagai GMP.
Pendaftaran Sendiri
Pergi ke laman web SAPS dan daftarkan diri anda sebagai GMP dengan mengikuti cara di bawah:

  1. Klik pada Daftar ID Guru
  2. Kemudian, masukkan Nombor KP, ID dan Kata Laluan di ruangan yang disediakan serta sahkan Kata Laluan anda
  3. Klik pada butang Daftar

Pendaftaran oleh SUP
Maklumkan kepada SUP sekolah supaya SUP boleh mendaftarkan anda sebagai GMP.
SUP hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah:

  1. Klik pada menu Guru
  2. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Tambah Guru
  3. Isi ruangan yang disediakan dengan Nombor KP, Nama dan juga Jantina
  4. Selesai mengisi, klik butang Simpan

SAPS NKRA: Pertukaran Level Guru Mata Pelajaran/Guru Kelas

Tanya: Sebelum ini saya adalah GMP (Guru Mata Pelajaran), tetapi pada tahun ini saya dilantik sebagai GK (Guru Kelas) oleh pihak sekolah. Bagaimanakah caranya untuk mendaftarkan diri saya sebagai GK?

Anda boleh mendaftar sebagai GK melalui sistem APDM. Kemudian, maklumkan kepada SUP sekolah supaya SUP dapat menukar level anda daripada GMP kepada GK di dalam SAPS. SUP sekolah hanya perlu klik pada menu Import Data APDM > Senarai Kelas & Guru Kelas untuk mengemaskini.

Anda boleh merujuk langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara melakukannya:

  1. Klik pada menu Import Data APDM.
  2. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Senarai Kelas & Guru Kelas
  3. Anda akan dipaparkan dengan senarai guru kelas yang terkini.

Tanya: Sebelum ini saya merupakan GK kepada kelas 3 Cemerlang tetapi pada tahun ini saya telah menjadi GMP. Apa yang perlu saya lakukan untuk menukar level daripada GK kepada GMP?

Anda perlu memaklumkan kepada SUP untuk menukar level anda. SUP perlu klik pada Senarai Pengguna kemudian pilih nama guru tersebut dan klik pada butang Reset.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, sila rujuk langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pada menu Kemudahan
  2. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Senarai Pengguna
  3. Seterusnya klik butang Reset untuk menukarkan level GK kepada level GMP

Be the first to comment on "SAPS NKRA: Pendaftaran dan Pertukaran Level Guru Mata Pelajaran/Guru Kelas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*