SAPS NKRA: Tukar admin kepada guru lain

Tukar admin kepada guru lain

Saya merupakan seorang SUP. Bagaimanakah caranya untuk saya menukar admin kepada guru lain dalam SAPS?

SUP perlu log masuk ke dalam SAPS dan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Masuk mengikut peperiksaan
  2. Kemudian klik pada menu Kemudahan
  3. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Tukar Admin
  4. Seterusnya klik pula Pilih Guru untuk melihat senarai nama guru
  5. Pilih nama SUP baharu dan setelah selesai, klik butang Hantar

Guru Mata Pelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek

Tanya: Saya tersilap pilih kod subjek untuk Menengah Rendah yang sepatutnya bagi Menengah Atas. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengubahnya?
GMP pelu memaklumkan perkara tersebut kepada SUP sekolah supaya SUP boleh mengemaskini semula kod subjek yang salah melalui menu Semakan Ralat Kod MP. Pergi ke menu Semak > Semak Ralat MP.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukannya:

  1. Klik pada menu Semakan
  2. Sub menu seperti di dalam gambar akan dipaparkan di mana anda boleh klik pada Semak Ralat MP
  3. Klik pada butang Ubah suai untuk mengubah kod subjek yang salah kepada yang betul
  4. Setelah selesai mengemaskini, klik pada Proses Markah Peperiksaan untuk mendapatkan gred dan kedudukan terkini. Untuk makluman, markah asal akan dipindahkan kepada subjek baharu yang telah dipilih.

Be the first to comment on "SAPS NKRA: Tukar admin kepada guru lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*