SAPS: Salah Ejaan Pada Nama Pelajar

Bagaimanakah caranya untuk memperbetulkan salah ejaan pada nama anak saya yang terdapat di paparan keputusan peperiksaan Semakan Ibu Bapa?

Ibu bapa boleh menghubungi GK anak mereka dan maklumkan hal berkenaan supaya GK boleh mengemaskini semula nama pelajar tersebut di dalam APDM.

Setelah itu, GK perlu memaklumkan hal tersebut kepada SUP sekolah bagi membolehkan SUP Import semula nama pelajar ke dalam SAPS. Ikuti langkah-langkah berikut:

Klik Import Data APDM> Senarai Murid SAPS & APDM
Hapuskan nama pelajar dengan menekan butang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Klik OK untuk menghapuskan nama pelajar berkenaan
Seterusnya, klik butang Import untuk mendapatkan nama pelajar yang terkini

Adakah SUP sekolah perlu menghubungi HELPDESK SAPS untuk memaklumkan hal tersebut?
Tidak perlu. Kesalahan ejaan pada nama pelajar tidak akan menjejaskan markah peperiksaan tetapi SUP dikehendaki untuk mengemaskini semula supaya ejaan nama pelajar yang betul akan tertera pada slip peperiksaan.

Be the first to comment on "SAPS: Salah Ejaan Pada Nama Pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*