Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Pelajar selalu menyembunyikan keputusan peperiksaan daripada ibu bapa. Perkara ini sering berlaku kerana pelajar tidak mahu ibu bapa merasa kecewa terhadap keputusan peperiksaan mereka. Mereka hanya berani menunjukkan keputusan peperiksaan jika ia adalah memuaskan.

Ini perkara biasa yang berlaku di sekolah, pelajar meniru tandatangan ibu bapa dalam slip peperiksaan. Hal ini bermaksud pelajar tersebut tidak menunjukkan slip peperiksaan mereka kepada ibu bapa. Masalah ini harus diatasi, ibu bapa harus sentiasa mengikuti perkembangan prestasi anak mereka. Jadi wujudnya sistem SAPS Ibu Bapa untuk memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak.

SAPS Ibu Bapa

Kajian mengatakan bahawa internet menjadi semakin penting terhadap kehidupan orang ramai. Ia hampir menjadi keperluan kepada setiap keluarga, dan banyak perkara perlu bergantung kepada internet. Begitu juga dengan sistem pendidikan, perlu dinaik taraf mengikuti perkembangan teknologi. Sistem SAPS Ibu Bapa diwujudkan oleh kerajaan, bertujuan bagi memudahkan ibu bapa memantau keputusan peperiksaan anak mereka.

Dengan beberapa langkah yang mudah, ibu bapa boleh melihat keputusan peperiksaan anak-anak bagi sepanjang tahun tersebut dengan terperinci. Dengan ini, ibu bapa boleh membandingkan prestasi anak dengan peperiksaan yang lepas. Ibu bapa boleh mengambil tindakan yang sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian anak mereka.

Fungsi SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa dibina bersamaan dengan beberapa fungsi yang sangat berguna kepada ibu bapa.

a) Ibu bapa dapat melihat laporan yang penuh dan terperinci mengenai keputusan peperiksaan anak mereka. Juga dapat membaca analisis yang dibuat oleh sistem seperti nilai gred purata, gred mengikut subjek, kedudukan pencapaian dalam kelas atau tingkatan.

b) Sistem ini dibina oleh sekumpulan pakar dalam bidang IT yang boleh menjamin keselamatan maklumat-maklumat. Hanya individu yang menpunyai No kad pengenalan atau ID pelajar sahaja boleh mengekses maklumat pelajar berkenaan.

c) Sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi yang boleh menghalang serangan daripada penggodam. Sistem keselamatan data juga akan sentiasa dinaik taraf bagi menjamin penggodam tidak dapat mengubah atau menghapus data-data yang disimpan.

d) Sistem ini mengambil masa yang pendek untuk loading, dan sesuai dilayari dengan menggunakan mana-mana platform bagi memudahkan pihak ibu bapa.

e) Ibu bapa dapat mengesan jika prestasi anak merosot pada subjek tertentu, dan tumpuan yang lebih boleh diberi kepada subjek tersebut agar anak mereka dapat membaiki keputusan peperiksaan.

Semakan keputusan dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Di sini merupakan panduan bagi menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa

1) Memasuki SAPS Ibu Bapa

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melayari keĀ laman web SAPS Ibu Bapa883. Anda boleh menggunakan telefon pintar ataupun laptop bagi melayari ke laman web tersebut. Pastikan laman web yang dimasukkan adalah tepat. Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari mereka salah menaip, dan ini menyebabkan mereka mencapai ke laman web yang salah. Anda harus lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara demikian. Cara yang selamat ialah menggunakan fungsi copy, atau menekan pautan dari laman web yang boleh dipercayai.

2) Memasukan maklumat yang diperlukan

Setelah anda sampai ke laman web SAPS Ibu Bapa, anda akan dikehendaki mengisi nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar. Sistem akan memilih berdasarkan umur pelajar berkenaan. Nombor kad pengenalan atau sijil lahir tersebut tidak dibenarkan menggunakan simbol sengkang atau koma. Nombor yang dimasukkan perlu menetapi format dan mengikut jumlah nombor yang ditetapkan. Jika tidak, pengeksesan anda akan ditolak. Jika anda tidak dapat memasuk ke sistem menggunakan nombor kad pengenalan, sila cuba dengan sijil lahir. Anda perlu menelefon ke pihak sekolah jika kedua-dua nombor tidak berfungsi.

3) Memilih negeri dan sekolah

Langkah yang seterusnya ialah memilih negeri.

Mula-mula, anda perlu memilih negeri di mana sekolah tersebut berada.

Tekan butang cari.

4) Memilih sekolah

Langkah yang seterusnya ialah memilih sekolah.

Anda perlu menaip dan memilih nama sekolah yang muncul dengan tepat.

Tekan butang semak.

5) Memilih tahun

No kad pengenalan dan nama pelajar akan muncul, langkah yang seterusnya ialah memilih tahun.

Anda perlu memilih tahun dimana anak anda sedang belajar.

6) Memilih jenis keputusan peperiksaan

Memilih jenis keputusan peperiksaan yang hendak dilihat. Antaranya ialah:

Ujian 1

Peperiksaan pertengahan tahun

Peperiksaan akhir tahun

Peperiksaan percubaan

Tekan salah satu daripada pilihan dan keputusan peperiksaan akan dipaparkan

7) Menyemak slip keputusan

Menekan butang papar slip keputusan, anda akan dapat lihat maklumat pelajar dengan lebih terperinci. Iaitu pencapaian pelajar berdasarkan markah, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam tingkatan, nilai gred purata, kehadiran dan lain-lain. Anda boleh menghubungi guru mata pelajaran jika terdapat masalah seperti kesilapan markah. Guru mata pelajaran akan bantu mengemaskini lagi keputusan peperiksaan tersebut.

8) Menyemak markah peperiksaan

Jika anda mahu, anda boleh menekan butang papar markah peperiksaan bagi mendapat keputusan peperiksaan anak sepanjang tahun yang berkenaan. Dengan ini, anda dapat melihat dengan jelas, perkembangan prestasi anak.

Jika anak anda tidak memberitahu tentang ID SAPS Ibu Bapa, anda boleh dapatkannya dari pihak sekolah. Walaupun begitu, sebagai ibu bapa yang bijak, haruslah tidak memantau dan mengawal anak-anak secara melampau. Ibu bapa perlu memberi ruang dan motivasi kepada anak agar mereka merasa gembira dalam sesi pembelajaran. Ibu bapa juga patut berhubung dengan guru supaya sentiasa mengikuti perkembangan pencapaian anak-anak.

Be the first to comment on "Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*