Sistem semakan keputusan peperiksaan Saps Ibu Bapa

Sistem semakan keputusan peperiksaan online telah diperkenalkan lebih dari 5 tahun. SAPS ibu bapa dilancarkan sekitar tahun 2011 lagi. Namun sistem tersebut pada masa itu kurang stabil dan tidak begitu disambut baik pengguna akibat data murid masih tidak lengkap.

Baru-baru sistem semakan keputusan peperiksaan yang dinamakan SAPS Ibu bapa ini mula mendapat perhatian dari pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid sendiri kerana dengan beberapa langkah sahaja mereka dapat melihat keputusan ujian dengan tepat. SAPS ibu bapa juga dapat merekodkan KDT (kedudukan dalam tingkatan) dan KDT (kedudukan dalam kelas) bagi setiap ujian.

Dengan 4 langkah keputusan peperiksaan dapat dipaparkan.

  1. Masukkan IC murid
  2. Pilih Negeri dan nama sekolah, tekan semak
  3. Pilih tahun
  4. Klik pada ‘Papar Slip Keputusan’ atau Papar Markah Peperiksaan’

Untuk mencetak, klik pada butang cetak yang berada di sebelah kiri atas muka surat keputusan.

Guru kelas telah diamanahkan memasukkan markah murid-murid selepas sesuatu ujian, contohnya selapas ujian satu, peperiksaan pertengahan tahun, ujian kedua, peperiksaan akhir tahun dan ujian percubaan UPSR/PT3/SPM. Selalunya pihak sekolah atau guru yang bertanggungjawab akan memberitahu murid dan murid kepada ibu bapa tarikh semakan keputusan dalam sistem online SAPS ibu bapa.

Melalui SAPS Ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah dapat melihat prestasi murid dalam masa sepanjang tahun dengan lebih jelas. SAPS Ibu bapa dikatakan telah menyebabkan tekanan kepada murid-murid sebab penjaga kini dapat ketahui keputusan peperikasaan anak-anak dengan menggerakkan hujung jari dengan teknologi internet.

Be the first to comment on "Sistem semakan keputusan peperiksaan Saps Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*