Tarikh memasukan / kemaskini markah ujian dan peperiksaan ke dalam SAPS NKRA

Guru kelas atau pihak yang berkenaan perlu merujuk kepada jadual bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman.

Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh turut sama merujuk jadual ini untuk mengetahui tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan bagi setiap ujian atau peperiksaan yang telah diadakan.

Tarikh Kemasukan/Kemaskini Markah Ujian dan Peperiksaan ke Dalam SAPS

Peperiksaan Tahun/Tingkatan Tarikh Mula Tarikh Akhir
Pertengahan Tahun Tahun 6/Tingkatan 5 18 Mei 16 Jun
Percubaan Tahun 6 20 Julai 18 Ogos
Percubaan Tingkatan 5 14 September 16 Oktober
Akhir Tahun Tahun 5/Tingkatan 4 20 November 24 November
  • Tarikh yang sama diguna pakai bagi tahun 1 hingga 5 serta tingkatan 1,2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Perhatian

  • Sekiranya anda tidak dapat mengakses sistem SAPS menggunakan No KP atau Sijil Lahir pelajar, diminta supaya pelajar tersebut menghubungi guru kelas (GK) dan maklumkan masalah tersebut kepadanya.
  • Guru kelas akan bertindak mengemaskini data pelajar berkenaan melalui [Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)](http://apdm-aplikasi-pangkalan-data-murid.com/) dan melaporkan masalah tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.
  • Jika terdapat kesilapan seperti salah ejaan pada nama pelajar, sila lakukan tindakan yang sama seperti di atas.
  • Ibu bapa berkemungkinan akan mengalami kesukaran mengakses Portal SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain adalah terlalu tinggi sehingga melebihi batas maksima kemampuan daya tampung server.
  • Selain itu, ianya juga berkemungkinan berlaku disebabkan proses kemaskini atau masih lagi dalam tempoh penyelarasan bagi tujuan menambah baik sistem.
  • Jika anda mengalami situasi yang sama seperti yang dinyatakan, diharap anda dapat bersabar melayari portal SAPS dari semasa ke semasa.

Be the first to comment on "Tarikh memasukan / kemaskini markah ujian dan peperiksaan ke dalam SAPS NKRA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*