Login eOperasi – Module Pengurusan Guru

Login eOperasi – Module Pengurusan Guru

eOperasi adalah salah satu modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. eOperasi dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia dan diselenggara oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusaan Sumber Manusia dan Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan pendidik dan bukan pendidik dan beberapa kelas pengguna termasuk pengawai pentadbir sistem pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat bahagian, negari, daerah dan sekolah.

eOperasi merupakan tunjang utama bagi beberapa sistem atas talian Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui eOperasi, segala maklumat lengkap seorang guru dapat diperolehi dan dikemaskini melalui atas talian. Setiap guru haruslah memasukkan dan mengemaskini maklumat peribadi yang diperlukan melalui sistem tersebut. Pokoknya, sistem eOperasi mempunyai fungsi yang sama seperti sistem Aplikasi pangkalan data murid (ADPM).

Menjadi kepentingan bagi setiap guru untuk mengemaskini maklumat peribadi yang diperlukan dalam sistem eOperasi. Hal ini kerana, hampir semua permohonan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan maklumat dalam sistem eOperasi. Permohonan seperti eGtukar, ePangkat, Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pelajaran Malaysia (SPLKPM), dan sebagainya akan menggunakan maklumat dan data yang diambil dari eOperasi.

Sebagai contoh, apabila seorang guru ingin membuat pertukaran tempat mengajar dia perlu menbuat permohonan di eGtukar. Sistem eGtukar akan menggunakan maklumat di dalam eOperasi untuk memproses permohonan tersebut. Apabila berlaku kesilapan maklumat dalam eOperasi, permohonan di eGtukar akan terjejas sama.

Kelas-kelas Pengguna Sistem eOperasi

Sistem eOperasi mensasarkan pengguna dari kalangan pengawai pentadbir sistem pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat bahagian, negari, daerah dan sekolah dan pengguna biasa (pendidik dan bukan pendidik). Bagi pengguna biasa, hanya mereka yang didaftarkan di sistem pentadbiran sahaja yang boleh mendaftar dan mengunakan sistem eOperasi tersebut.

Manakala, hanya pengawai pentadbir sistem yang dilantik oleh kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan sistem eOperasi mengikut kepada peranan yang diberikan.

Url untuk eOperasi:https://eoperasi.moe.gov.my

Pengguna dinasihatkan menggunakan Internet Explorer (IE) dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 dan ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768 jika menggunakan Sistem eOperasi.

Paparan eOperasi

Paparan utama sistem eOperasi memaparkan beberapi bahagian penting termasuk pengumuman, log masuk, bantuan, mesej ralat, hak cipta dan penafian. Segala maklumat terkini akan dihebahkan di bahagian pengumuman dan setelah log masuk ke eOperasi.

Mesej ralat akan dipaparkan untuk memaklumkan pengguna bagi kesilapan maklumat yang digunakan ketika log masuk. Bahagian bantuan akan membantu pengguna jika berlaku keadaan dimana pengguna lupa katalaluan atau perubahan katalaluan atau pendaftaran bagi pengguna baru.

Pendaftaran Pengguna

Untuk memulakan proses pendaftaran, pengguna perlu menekan Pendaftaran Pengguna di sebelah kiri menu log masuk. Pengguna perlu mengisi maklumat pendaftaran selengkapnya untuk memastikan tiada kesulitan yang berlaku ketika log masuk ke sistem. Pastikan kesemua maklumat yang diisi adalah benar dan tepat terutama di bahagian nama, nombor kad pengenalan, jumlah gaji dan emel. Katalaluan dan soalan keselamatan dan jawapannya perlu diingat jika pengguna mahu menukar katalaluan.

Seterusnya, tekan simpan untuk mendaftar. Pengguna boleh mula menggunakan sistem eOperasi setelah selasai mendaftar. Perincian pendaftaran akan dihantar ke alamat emel pengguna. Pengguna perlu menggunakan ID pengguna, katalaluan dan nombor kad pengenlan yang telah didaftarkan.

Pada menu log masuk tedapat butang Lupa Katalaluan dan Untuk Tukar Katalaluan.

Bagi penguna Sistem Single Sign On (SSO), pengguna boleh daftar ke sistem eOPerasi menggunakan ID pengguna dan katalaluan yang sama dengan Sistem Single Sign On. Daftar Sistem Single Sign On di: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php.

Bagi Pengguna 

Setelah log masuk, nama pengguna dan nombor kad pengenalan akan dipaparkan. Senarai menu berada di kiri laman web dan terdapat pautan di bahagian atas kanan untuk memuat turun buku panduan pengguna.

Di atas adalah senarai pautan pada menu.

Bagi pengawai pentadbir sistem, gambar diatas akan dipaparkan pada bahagian sebelah kiri.

Maklumat Yang Disediakan di eOperasi

Maklumat lengkap guru di eOperasi termasuk:

  • Data peribadi – gambar profile terkini, alamat terkini, dan alamat surat-menyurat.
  • Data pasangan
  • Data akademik – kelayakan, institusi diperoleh kelayakan tersebut.
  • Data berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia – jika perlu
  • Matapelajaran terkini yang diajar – subjek yang diajar, jumlah jam untuk satu subjek.
  • Rekod maklumat professional – kelayakan professional dan pilihan, institusi dimana kelayakan diperolehi.
  • Maklumat/ rekod perkhidmatan – Tarikh lapor tugas, data mula mengajar sekolah dan sebagainya.
  • Maklumat pengalaman mengajar.
  • Maklumat elaun.
  • Maklumat Kokurikulum.
  • Maklumat pengisytiharan harta.

Pautan antara eOperasi dan eGtukar.

eGtukar adalah sistem yang digunakan oleh pendidik untuk memohon pertukaran, samaada pertukaran ke sekolah yang sama daerah atau pertukaran ke sekolah ke lain daerah atau negeri. Semua permohonan pertukaran sekolah mesti dibuat melalui sistem eGtukar.

Bagi guru yang membuat permohonan pertukaran sekolah, guru tersebut hanya perlu mengisi permohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun dan keputusan permohonan tersebut akan diumumkan tiga kali setahun. Ini adalah satu langkah untuk memberi peluang kepada guru yang telah lama berkhidmat tetapi permohonan pertukaran mereka masih gagal diluluskan. Selain dari digunakan untuk menilai dan menentukan siapa yang lebih layak untuk berpindah, sistem eGtukar turut menbantu dalam sistem pentadbiran di peringkat yang lebih tinggi.

Antara faktor yang menyumbang kepada permohonan perpindahan tidak diluluskan ialah guru gagal mengemaskini maklumat dalam sistem eOperasi. Sebagai contoh, tidak mengemaskini status perkahwinan atau maklumat pasangan, tiada perngisytiharan harta atau tidak mengemaskini subjek terkini yang diajar.

Jika alasan pertukaran sekolah adalah mahu tinggal bersama pasangan tetapi status perkahwinan tidak dikemaskini, permohonan tersebut tidak akan diendahkan. Bagi guru yang mengajar pelajar-pelajar UPSR, PT3 atau SPM, ia juga menyumbang kepada faktor kelulusan permohonan pertukaran kerana guru tersebut dianggap penting untuk sekolah. Manakala, guru yang tidak mengajar pelajar-pelajar UPSR, PT3 atau SPM namun tidak mengemaskini subjek yang diajar dalam sistem, berkemungkinan permohonan mereka akan dilambatkan. Pokoknya, menjadi tanggungjawab setiap guru untuk mengemaskini semua maklumat terkini dalam sistem eOperasi. Antara maklumat yang sentiasa ditukar dan dikemaskini adalah;

  • Alamat surat-menyurat
  • Maklumat pasangan
  • Bilangan anak
  • Gaji dan elaun
  • Maklumat perkhidmatan terkini

Aplikasi sistem eOperasi dalam telefon pintar disediakan secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan memuat turun aplikasi ini, guru akan mendapat pemberitahuan terus ke telefon pintar masing- masing berkaitan maklumat terkini mengenai eOperasi.

Be the first to comment on "Login eOperasi – Module Pengurusan Guru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*