Saps Ibu Bapa Semak Keputusan Online Dengan Saps

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS adalah satu sistem terkini yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif diwujudkan SAPS ialah untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah seluruh Malaysia. Melalui sistem ini, ibu bapa dapat menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara atas talian sahaja.

Kini, pemantauan prestasi akademik pelajar menjadi mudah bagi ibu bapa pelajar menggunakan sistem SAPS kerana sistem tersebut memaparkan slip keputusan, markah peperiksaaan termasuk kedudukan dalam kelas pelajar. Tambahan pula, segala maklumat yang disimpan dalam SAPS digunakan bukan sahaja pihak sekolah dan ibu bapa bahkan pihak PPD, JPN dan KPM juga mengambil manfaat melalui sistem SAPS untuk membuat analisis dan semakan.

Peranan Guru

Guru memainkan peranan penting kerana mereka bertanggungjawab mengemas kini keputusan peperiksaan. Mereka perlu memasukkan segala maklumat mengenai keputusan peperiksaan pelajar termasuk peratus lulus, markah dan kedudukan pelajar dalam kelas bagi memudahkan ibu bapa pelajar memantau pencapaian peperiksan anak- anak mereka. Selain itu, guru dapat membuat perancangan dan cadangan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan bagi meningkatkan prestasi pelajar- pelajar dengan adanya sistem SAPS ini.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

Keputusan bagi Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan untuk UPSR, PT3, dan SPM adalah antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS. Akan tetapi, keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui sistem SAPS.

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Menggunakan SAPS

Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan dengan melayari laman web SAPS NKRA. Ibu bapa perlu memasukkan maklumat anak mereka seperti nombor sijil lahir/ nombor kad pengenalan pelajar dan tekan carian. Seterusnya, pilih negeri, daerah PPD dan sekolah. Lepas itu pilih tahun dan keputusan peperiksaan yang diingini pada halaman seterusnya. Selesai urusan semakan, ibu bapa boleh memilih samaada ingin paparan slip keputusan atau paparan markah peperiksaan.

Analisis Keputusan Ujian dan Peperiksaan

Lulus atau Gagal seseorang murid ditentukan dengam mengira peratus pencapaian yang diambil dari markah keseluruhan.

Berikut adalah contoh analisa markah peperiksaan bagi pelajar sekolah:

ANALISA KEPUTUSAN UJIAN & PEPERIKSAAN BAGI TAHUN 2017

NAMA:                                                                                                                                                 DARJAH:

NO. KP:                                                                                                                                                 JANTINA:

Bil MATA PELAJARAN UJIAN 1 PEPERIKSAAN

PERTENGAHAN TAHUN

UJIAN 2 PEPERIKSAAN TAHUN

AKHIR

PEPERIKSAAN

PERCUBAAN

UPSR

Markah Gred Markah Gred Markah Gred Markah Gred Markah Gred
1. Bahasa Inggeris Pemahaman 100 A 90 A 95 A
2. Bahasa Inggeris Penulisan 95 A 90 A 85 A
3. Bahasa Melayu Pemahaman 90 A 95 A 98 A
4. Bahasa Melayu Penulisan 96 A 86 A 98 A
5. Pendidikan Seni 100 A 100 A 100 A
6. Matematik 98 A 95 A 100 A
7. Pendidikan Islam 96 A 94 A 98 A
8. Pendidikan Jasmani & Kesihatan 90 A 98 A
9. Sains 98 A 98 A 100 A
KDK 9/41 9/41 5/38
KDD 12/123 14/123 13/118
PERATUS 99.00 93.00 95

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018

Tarikh memasukkan markah bagi setiap peperiksaan dalam sistem SAPS adalah seperti yang berikut:

PEPERIKSAAN TAHUN/ TINGKATAN                 KUNCI MASUK MARKAH
TARIKH MULA TARIKH AKHIR
UJIAN AWAL TAHUN TAHUN 6

TINGKATAN 5

26 MAC 2018 16 APRIL 2018
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TAHUN 6

TINGKATAN 5

17 MEI 2018 14 JUN 2018
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 6 19 JULAI 2018 16 OGOS 2018
TINGKATAN 5 13 SEPTEMBER 2018 4 OKTOBER 2018
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5

TINGKATAN 4

1 NOVEMBER 2018 22 NOVEMBER 2018

Tarikh yang dinyatakan pada jadual terpakai juga untuk pelajar Tahun 1 hingga 5 atau pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4.

Gred Markah Peperiksaan

Gred markah peperiksaan bagi sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah tinggi adalah berbeza. Berikut adalah jadual gred markah peperiksaan bagi sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah tinggi:

SEKOLAH RENDAH:

JULAT MARKAH GRED CATATAN
80- 100 A CEMERLANG
65- 79 B BAIK
50- 64 C MEMUASKAN
40- 49 D MENCAPAI TAHAP MINIMUM
0- 39 E BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
TH TH TIDAK HADIR

SEKOLAH MENENGAH RENDAH

JULAT MARKAH GRED CATATAN
85- 100 A CEMERLANG
70- 84 B KEPUJIAN
60- 69 C BAIK
50- 59 D MEMUASKAN
40- 49 E MENCAPAI TAHAP MINIMUM
0- 39 F BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
TH TH TIDAK HADIR

SEKOLAH MENENGAH TINGGI

JULAT MARKAH GRED CATATAN
90- 100 A+ CEMERLANG TERTINGGI
80- 89 A CEMERLANG TINGGI
70- 79 A- CEMERLANG
65- 69 B+ KEPUJIAN TERTINGGI
60- 64 B KEPUJIAN TINGGI
55- 59 C+ KEPUJIAN ATAS
50- 54 C KEPUJIAN
45- 49 D LULUS ATAS
40- 44 E LULUS
0- 39 G GAGAL
TH TH TIDAK HADIR

Soalan-soalan lazim yang ditanya seperti istilah bagi penggunaan singkatan perkataan. Antaranya SUP- Setiusaha Peperiksaan, GMP- Guru Matapelajaran, GK- Guru Kelas dan APDM- Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Terdapat juga soalan – soalan seperti setiusaha peperiksaan/guru matapelajaran/guru kelas tidak dapat masuk ke sistem menggunakan ID, cara mengubah ID dan katalaluan, pertukaran tahap guru matapelajaran/ guru kelas atau pendaftaran guru matapelajaran yang baru. Terdapat banyak lagi soalan-soalan lazim yang diajukan terutama sekali mengenai nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat diakses, nama sekolah tidak wujud dalam sistem SAPS, atau pengesahan markah tidak dapat dilakukan.

Be the first to comment on "Saps Ibu Bapa Semak Keputusan Online Dengan Saps"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*