ePrestasi – Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

ePrestasi – Penilaian Bersepadu Pengawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) merupakan satu sistem penilaian yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menilai prestasi seorang guru. Sistem PBPPP mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016 dan ianya mengantikan sistem penilaian yang lama iaitu sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNTP). Penilaian menggunakan sistem ini boleh dibuat menggunakan aplikasi ePrestasi dibawah Sistem Maklumat Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem PBPPP berteraskan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) yang berpandukan piawaian prestasi yang telah digariskan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0). PBPPP juga mengikut piawaian prestasi yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025) anjakan 4 iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompentensi dan anjakan 5 iaitu kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan guru besar mulai 2013.

Pelaksanaan PBPPP penting kerana ia memberi kesan yang besar kepada kenaikan pangkat dan   kerjaya seorang Pengawai Perkhidmatan Pendidikan. Skor PBPPP seorang guru mengambil kira penilaian kompetensi dan keberhasilan kejayaan. Penilaian kompetensi termasuk nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan skil kemahiran pembelajaran dan pengajaran. Manakala, keberhasilan kejayaan termasuklah kejayaan pembelajaran dan pengajaran, kejayaan kauseling dan kejayaan latihan. Akan tetapi, ia mungkin berbeza mengikut jenis kerja.

Berikut ialah proses kerja penilaian komponen keberhasilan sepanjang tahun:

Matlamat pelaksanaan PBPPP ialah pertama, mempertingkatkan kecekapan dan beriltizam untuk melahirkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berwibawa. Kedua, penilaian menyeluruh yang mengabungkan kompetensi, potensi dan keberhasilan guru dan ketiga, menyokong aspirasi kerajaan kearah melahirkan sektor pendidikan yang berkualiti.  Elemen penting bagi PBPPP: kompetensi, potensi dan keberhasilan. Objektif-objektif PBPPP ialah menilai kebolehan dan potensi individu, menilai pencapaian guru yang dinilai, mengenalpasti kebolehan dan potensi yang boleh dikembangkan dalam diri pendidik dan untuk mengenalpasti tuntutan yang diperlukan untuk mengembangkan kerjaya sebagai guru.

Untuk memulakan penilaian, seorang penilai perlu memastikan perkara berikut telah diwujudkan. Perkara tersebut ialah;

1. Penubuhan jawatankuasa. Senarai semak Penilaian Bersepadu Pengawai Perkhidmatan Pendididkan ialah

  • Memastikan pengurusan fail PBPPP telah disediakan.
  • Memastikan penerimaan surat arahan pelaksanaan PBPPP daripada KSU.
  • Menubuhkan jawatankuasa organisasi PBPPP.
  • Memastikan jawatankuasa yang dilantik didaftarkan dalam sistem ePrestasi.
  • Menghantar surat perlantikan jawantankuasa organisasi kepada pihak yang menyelia sistem ePrestasi untuk pengesahan.
  • Memastikan jawatankuasa tersebut disahkan oleh penyelia sistem ePrestasi.
  • Mencetak senarai nama jawatankuasa organisasi dari sistem dan dimasukkan ke dalam fail pengurusan PBPPP.
  • Mengesahkan dan mengedarkan senarai nama jawatankuasa organisasi yang telah disahkan kepada AJK PBPPP.
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa organisasi.

2. Penentuan Pengawai Penilai dan Pengawai yang Dinilai

  • Menetapkan Pengawai Penilai bagi setiap Pengawai yang Dinilai
  • Memastikan penyusunan dan perlantikan Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2 didaftar.
  • Memastikan perlantikan Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2 telah disemak oleh penyelia organisasi.
  • Mencetak, pengesahkan dan mengedar senarai Pengawai Penilai.
  • Memberitahu Pengawai yang Dinilai akan perlantikan Pengawai Penilai.
  • Penyusunan jadual.
  • Membuktikan Pengawai Penilai mempunyai Instrumen PBPPP, Panduan Pegawai Penilai, Panduan Komponen Keberhasilan.

PBPPP adalah sistem penilaian yang fleksibel kerana ia tidak terikat dengan satu cara, masa atau tempat untuk menilai. Penilaian boleh dibuat oleh Pengawai Penilai mengikut masa, cara dan tempat yang sesuai berdasarkan kepada kerja yang telah diselesaikan oleh Pengawai yang Dinilai.

Tahap pencapaian seorang Pengawai yang Dinilai dalam PBPPP boleh dibahagikan kepada empat kategori; cemerlang (90-100%), kepujian (80-89.99%), sedehana (60-79.99%) dan rendah (0-59.99%).

ePrestasi atau PBPPP sangat penting kepada sesiapa yang bercita-cita untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang pendidikan khususnya kepada mereka yang berminat untuk berkhidmat di PPD, JPN atau KPM atau untuk meraih anugerah guru cemerlang.

Login Sistem ePrestasi

Sistem ini hanya boleh diakses oleh AJK PBPPP dan Pengawai Penilai. Tetapi, sumber dan bahan yang berkaitan dengan PBPPP boleh dimuat turun di laman sesawang ePrestasi.

Menetapkan setiap Pengawai Penilai untuk Pengawai yang Dinilai yang baru.

Pelantikan AJK PBPPP hendaklah log masuk ke sistem ePrestasi dan menetapkan Pengawai Penilai baru guru baru. Setelah log masuk, pilih butang Penilaian Guru Baharu dan senarai guru baru akan dipaparkan.

Tekan pada butang Penetapan Pengawai Penilai dan tetapkan Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2 dan Simpan.

Penilaian

  1. Lantik Pengawai Penilai 1 atau Pengawai Penilai 2 untuk log masuk ke sistem dan tekan pada butang masing-masing.
  2. Tekan pada nombor kad pengenalan Pengawai yang Dinilai.
  3. Borang markah PBPPP akan dipaparkan untuk dinilai. Sila pastikan nama Pengawai yang Dinilai dan penilai adalah betul.
  4. Markah bagi markah pencapaian yang melebihi sasaran hanya boleh diisi oleh Pengawai Penilai 1 dan selepas itu barulah Pengawai Penilai 2 membuat penyelarasan markah. Setelah selesai, tekan simpan penilaian dan hantar.
  5. Mesej hantar akan terpapar apabila penilaian telah selesai.

Tempoh penilaian

Jawatankuasa PBPPP boleh menjalankan penilaian secara berterusan sepanjang tempoh setahun mengikut kalendar yang telah disediakan oleh KPM. Tempoh ini sangat fleksibel bagi memudahkan jawatankuasa PBPPP membuat penilaian tahunan dan penilaian perlu dilakukan dua kali setahun.

Peringkat penilaian.

Terdapat 3 peringkat penilaian dalam tempoh setahun iaitu pra-penilaian, semasa penilaian dan selepas penilaian.

Pra-penilaian

  • Penerimaan kalendar pelaksanaan PBPPP pada tahun berkenaan.
  • Taklimat pelaksanaan PBPPP pada peringkat jawatankuasa.
  • Pelantikan dan pengesahan perlantikan jawatankuasa PBPPP di peringkat organisasi.
  • Perlantikan dan pengesahan Pengawai Penilai.
  • Mengatur jadual penilaian di peringkat organisasi.

Semasa penilaian

  • Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2 akan mengadakan perbincangan dengan Pengawai yang Dinilai untuk menentukan sasaran pencapaian.
  • Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2 akan mengadakan penilaian terhadap Pengawai yang Dinilai secara berterusan.
  • Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2 akan menilai melalui sistem ePrestasi dua kali setahun.
  • Pengawai Penilai akan berbincang dengan Pengawai yang Dinilai (PYD) mengenai pencapaian PYD yang terkini dan menyediakan panduan untuk memperbaiki pencapaian PYD.
  • Pengawai Penilai 1, Pengawai Penilai 2 dan PYD akan menyemak komponen pencapaian selepas penilaian pertama.
  • Pengawai Penilai akan mengisi, simpan dan hantar skor PYD secara atas talian melalui sistem ePrestasi. Pengawai Penilai akan mencetak borang skor dan memberi salinan setiap penilaian yang dibuat kepada PYD.
  • Jawatankuasa orgaisasi PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksaannya dilaksanakan mengikut jadual.

Selepas penilaian.

  • Jawatankuasa organisasi PBPPP mesti berjumpa untuk membuat penyelarasan skor yang berbeza yang lebih dari 10 antara Pengawai Penilai 1 dan Pengawai Penilai 2.
  • Ahli jawatankuasa perlu hantar skor PYD yang muktamat melalui link https://eprestasi.moe.gov.my website
  • Setiap PYD boleh akses markah pencapaian PBPPP tahun tersebut melalui sistem HRMIS.

Untuk menyemak keputusan PBPPP

  1. Log masuk ke sistem HRMIS secara atas talian.
  2. Tekan pada butang Laporan Penilaian Prestasi di bahagian Pengurusan Prestasi.
  3. Tekan butang Fungsi > Penilaian Prestasi > Pengawai yang Dinilai
  4. Tekan butang Slip Keputusan PBPPP dan cetak slip keputusan.

Langkah-langkah diatas digunakan untuk menyemak skor PPP. Jika skor terseut tidak padan dengan kerja yang telah dibuat, guru boleh meminta kepada pentadbir untuk memberi alasan mengapa skor rendah diberi.

Be the first to comment on "ePrestasi – Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*