Kemaskini Permohonan BRIM 2019

BRIM 2019 masih diteruskan biarpun seakan-akan kerajaan baharu akan memperhentikan pemberian wang bantuan sebelum ini. Dalam bajet 2019, menteri kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan berita baik ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Nama baharu BRIM telah ditukarkan kepada BSH (Bantuan sara hidup) akan tetapi ramai penerima-penerima BRIM masih tidak biasa dengan nama baharu tersebut.

Kemaskini Permohonan BRIM 2019

Terdapat 2 cara membuat kemaskini. Orang ramai digalakkan membuat kemaskini BRIM dengan online di website BSH sebab kaedah online tersebut merupakan kaedah yang paling efisien. Bagi mereka yang tidak mahir menggunakan sistem online, boleh juga mengisikan borang dengan Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)

Maklumat penting yang perlu dikemaskini oleh pemohon yang sedia ada ataupun pemohon yang baharu termasuklah:

i) Nombor telefon
ii) Alamat terkini
iii) emel
iv) Maklumat pasangan dan tanggungan
v) status perkahwinan dan maklumat waris yang terkini

Permohon diingatkan tidak membuat kemaskini yang berulang, kemaskini atau permohonan perlu dibuat sekali sahaja kepada sebuah isi rumah/keluarga.

Tarikh BRIM 2019

Permohonan atau kemaskini dibuka pada bulan Disember 2018. Selepas penutupan sistem online, rakyat yang ingin membuat pembetulan maklumat perlu berkunjung ke pusat LHDN yang terdekat. Semakan keputusan boleh dibuat kira-kira sebulan selepas penutupan permohonan dan kemaskini, tarikh rayuan BRIM 2019 biasanya akan jatuh pada bulan March ke April.

Kelayakan dan jumlah BRIM 2019

BRIM 2019 dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumahtangga, khususnya mensasarkan kumpulan B40. Jumlah bantuan adalah berbeza mengikut pendapatan isi rumah seperti di bawah:

– Isi rumah pendapatan bawah RM2000
RM1000
– Isi rumah pendapatan RM2001-RM3000
RM750
– Isi rumah pendapatan RM3001-RM4000
RM500

Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang)

Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BRIM 2019 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480.

Untuk penerima bujang BRIM yang lepas pulak, anda tidak lagi layak untuk menikmati skim ini.

Tarikh pembayaran

Belum ada maklumat yang terperinci bagaimanakah pembayaran akan dibuat. Namun, yang pastinya duit BRIM akan dibayar melalui kaedah bank-in kepada dalam akaun penerima.

Pertanyaan

Info BRIM 2019 yang lain boleh merujuk ke sini ataupun membuat panggilan ke talian bebas tol di 1800-88-2716 (LHDNM) atau keKementerian Kewangan 03-8882 4565 / 4566. Emel BRIM 2019 ialah bsh@treasury.gov.my

Be the first to comment on "Kemaskini Permohonan BRIM 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*