Login Sistem ePangkat oleh KPM

Sistem ePangkat adalah satu sistem yang bertujuan menguruskan urusan kenaikan pangkat guru sekolah secara atas talian. Sistem ini diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menguruskan urusan kenaikan pangkat guru sekolah agar lebih tersusun dan sempurna. Sistem ePangkat mula-mula diperkenalkan pada 21-8-2008 dengan objektifnya untuk meningkatkan kecekapan KPM dalam urusan- urusan kenaikan pangkat guru sekolah. Tambahan pula, adanya sistem ini untuk membaiki imej KPM yang selama ini berdepan dengan isu kelewatan proses kenaikan pangkat dan pertindihan kenaikan pangkat.

Sebelum adanya sistem ePangkat, KPM berdepan dengan isu-isu seperti guru sekolah tidak dapat dinaikan pangkat akibat maklumat yang diisi tidak sempurna dan tidak dikemaskini. Oleh itu, sistem ePangkat diwujudkan bagi mengatasi isu-isu yang berkaitan urusan kenaikan pangkat guru sekolah.

Objektif- objektif sistem ePangkat

  1. Mengautomasikan proses dan urusan pelantikan pemangku, penempatan pemangku dan pertukaran jawatan agar lebih teratur dan sistematik.
  2. Meningkatkan kecekapan dan gerakkerja dalam urusan kenaikan pangkat menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.
  3. Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan melengkapkan data-data kenaikan pangkat di setiap peringkat.
  4. Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan terkemas kini bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.

Sistem ePangkat juga mengendalikan urusan-urusan adalah seperti:

  1. Proses pelantikan pemangku.
  2. Menyelesaikan isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.
  3. Kenaikan pangkat guru sekolah.
  4. Penempatan pemangku.
  5. Menyelesaikan isu pertukaran jawatan.
  6. Memantau dan mengemaskini maklumat kenaikan pangkat bagi Pengawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sistem ePangkat diwujudkan untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan urusan lain yang berkaitan kenaikan pangkat guru sekolah. Melalui sistem ini, guru atau pengguna lain boleh log masuk dan mengemaskini maklumat mereka dari semasa ke semasa. Sistem ePangkat adalah sistem atas talian yang bersepadu dan komprehensif membolehkan penggunanya untuk membuat permohonan kenaikan pangkat. Seperti contoh, permohonan atas talian bagi jawatan pemangku dan Pengawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota kumpulan Sokongan. Sistem ePangkat terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu kerje Kementerian Pelajaran Malaysia bagi urusan kenaikan pangkat dan pelantikan pemangku guru.

Pengawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota kumpulan Sokongan dinasihat agar sentiasa mengemaskini maklumat mereka dalam sistem ePangkat dengan tepat dan lengkap. Mereka yang memohon kenaikan pangkat perlu memberi maklumat yag lengkap dan tepat bagi memudahkan dan melancarkan permohonan kenaikan pangkat. Taklimat lengkap mengenai cara dan panduan menggunakan sistem ePangkat telah diberikan oleh Pengawai Pelajaran Daerah masing-masing.

Antara maklumat yang disimpan dalam sistem ePangkat:

  1. Maklumat peribadi
  2. Maklumat akademik*
  3. Maklumat pengisytiharan harta*
  4. Maklumat pengalaman bekerja*
  5. Maklumat Penilaian Tahap Kecekapan
  6. Maklumat prestasi*
  7. Maklumat prestasi khas*
  8. Maklumat tindakan* – Tempoh cubaan berdenda, tatatertib
  9. Maklumat perkhidmatan* – AKS, PPPLD/PPPS, CUTI
  10. Maklumat peminjam tegar

* perlu dikemaskini oleh Ketua Jabatan

Pihak yang bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat PPP dan AKS ialah seperti berikut:

Maklumat tambahan

  • Semakan keputusan kenaikan pangkat secara atas talian tidak melibatkan urusan pelantikan pemangku guru.
  • Kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dibuat secara berperingkat berdasarkan tempoh perkhidmatan yang layak dan cadangan dari Ketua Jabatan.
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM tidak akan bertanggungjawab jika berlaku penyalahgunaan nombor kad pengenalan oleh pemohon yang memohon melalui sistem ini.
  • Pengawai Perkhidmatan Pendidikan yang berjaya boleh menyemak status surat kenaikan pangkat dengan Ketua Jabatan selepas 30 hari bekerja dari tarikh maklumat diumumkan.
  • Sebarang pertanyaan mengenai status kenaikan pangkat boleh dibuat melalui emel dan disertakan sekali maklumat yang pada jadual dibawah.

PPPs dan AKS yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dibenarkan untuk mengakses ePangkat untuk menyemak maklumat peribadi dan maklumat perkhidmatan. Selain itu, mereka juga boleh memohon untuk mengiklankan jawatan pemangku guru/kenaikan pangkat dalam ePangkat dan menyemak terma dan status permohonan jawatan pemangku guru yang dimohon melalui ePangkat.

Penggunaan ePangkat.

  1. Daftar ke ePangkat melalui: https://epangkat.moe.gov.my/login.php. Log masuk menggunakan ID penguna dan katalaluan dan hanya pengguna yang mendaftar sahaja boleh akses ke ePangkat. Bagi pengguna kali pertama, boleh merujuk ke: http://www.moe.gov.my/epangkat/firsttimelogin.php
  2. Sila pastikan nama, jawatan dan tempat bekerja adalah betul.
  3. Tekan pada modul permohonan pada sebelah kiri menu ePangkat.
  4. Sub-modul senarai pengiklanan. Jika terdapat pengiklanan, pemohon perlu tekan pada tajuk iklan. Satu pesanan akan dipaparkan jika tiada pengiklanan jawatan pada ketika itu. Sub-modul ini memudahkan pemohon untuk melihat status permohonan bagi jawatan pemangku melalui ePangkat. Pilih tahun dan pilihan (tutup/buka) untuk memaparkan status permohonan.
  5. Sub-modul maklumat peribadi. Sub-modul ini memudahkan pemohon untuk menyemak maklumat peribadi dan maklumat perkhidmatan yang telah dikemaskini oleh pentadbir bahagian masing-masing. Sebarang kesalahan pada maklumat yang dipaparkan boleh dirujuk kepada pentadbir bahagian melalui Pembantu Ketua Jabatan BRP atau pengawai berkaitan.
  6. Sub-modul penyemakan terma. Sub-modul ini memudahkan pemohon untuk menyemak maklumat dan terma bagi jawatan pemangku. Syarat dan terma bagi jawatan pemangku ialah:
    • Pengesahan perkhidmatan
    • Laporan penilaian prestasi bagi tempoh 3 tahun lepas
    • Kelulusan PTK
    • Tiada rekod disiplin dan tindakan undang-undang
    • Telah membuat pengisytiharan harta
    • Telah lulus tapisan integrasi MACM
    • Tiada rekod kesalah dari institusi pinjaman pelajaran
    • Nama penuh, nombor kad pengenalan, gred, jawatan, tempat kerje
    • Laluan kenaikan pangkat guru (PPPs)
    • Jika lupa katalaluan atau jika ada persoalan sila emelkan maklumat berikut ke epangkat@moe.gov.my : Nama penuh, nombor kad pengenalan, gred, jawatan, tempat kerja dan Laluan kenaikan pangkat guru (PPPs)

Terdapat 3 laluan untuk pangkat PPP iaitu Laluan HAKIKI, Laluan KECEMERLANGAN dan Laluan TIME-BASED. Laluan HAKIKI telah dipraktikkan sejak tahun 1957 manakala laluan KECEMERLANGAN pada tahun 1994 dan laluan TIME-BASED diperkenalkan pada tahun 1998.

Lalauan TIME-BASED kemudianya ditingkatkan menjadi laluan TIME-BASED Berasaskan Kecemerlangan pada 2009 bercirikan kenaikan pangkat dalam tempoh yang singkat.

Laluan HAKIKI boleh memohon untuk jawatan

  • Guru Besar, Penolong Guru Kanan, Ketua Jabatan. Gred bagi Penolong Kanan ialah gred 48 dan bagi Ketua Jabatan ialah gred 44.
  • Jawatan dalam bidang Pendidikan Islam/ Teknikal/ Umum.
  • Jawatan pensyarah di Institusi Pendidikan Guru Malaysia atau jawatan di Institusi Aminudin Baki. Bagi jawatan ini, pemohon perlu memiliki kelulusan sarjana.
  • Jawatan di kolej matrikulasi – pemohon mestilah bergred 41 yang berkhidmat selama 5-6 tahun dan akan dinaikkan ke gred 44 sebagai pensyarah di kolej matrikulasi. Namun, peluang adalah terhad dan pada kes tertentu guru perlu berpindah ke matrikulasi yang kekosongan.
  • Jawatan Guru Akademik Tingkatan Enam atau Penolong Kanan Guru Tingkatan Enam.

Laluan Kecemerlangan adalah bagi pemohon yang tidak berminat dengan kerja pengurusan dan lalauan yang paling mudah untuk dinaikkan pangkat bagi jawatan Pengetua Cemerlang, Pengawai Cemerlang, Pensyarah Cemerlang, Guru Cemerlang bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.

Lalauan TIME-BASED adalah laluan yang paling selamat dan paling banyak dipilih oleh kebanyakan guru-guru. Sebelum ini, kenaikan pangkat melalui TIME-BASED mengambil masa selama 10 tahun, sekarang dengan wujudnya TIME-BASED BERDASASKAN KECEMERLANGAN tempoh tersebut telah dipendekkan mengikut formula 8-8-6-4. Tetapi tidak semua pengawai atau guru boleh mendapat kenaikan pangkat melalui laluan ini. Laluan TIME-BASED dibahagikan kepada dua kelas; TIME-BASED Biasa dan TIME-BASED bagi bekas pemohon PPLD.

Laluan Istimewa adalah untuk jawatan pengetua yang merupakan bekas pemohon PPLD.

Soalan Lazim

– Apakah prinsip yang digunakan untuk menentukan gaji permulaan selepas dinaikan pangkat?

Prinsip yang digunakan telah ditetapkan di Rule 42 P.U. (A) 176, gaji yang diterima oleh pengawai kerajaan yang dinaikkan pangkat lebih tinggi dari gaji terakhir yang diterima pada gred yang terdahulu. Gaji yang terkini lebih dari gaji yang gred yang lepas.

– Apakah pekeliling yang digunakan untuk menentukan gaji kenaikan pangkat?

Pekeliling yang digunakan ialah Perkeliling Perkhidmatan Nombor 14 Tahun 2007.

– Jika seorang pengawai yang telah dinaikan pangkat terlebih dahulu tetapi gajinya masih lagi seperti gaji yang terdahulu, adakah gajinya tidak akan bertukar mengikut jawatan terkini dipegang?

Gaji pengawai tersebut akan berubah mengikut jawatan yang dipegang seiring dengan kenaikan jawatan beliau.

Sila semak keputusan ePangkat melalui ePangkat Keputusan dengan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan di portal https://naikpangkat.moe.gov.my

Be the first to comment on "Login Sistem ePangkat oleh KPM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*