Login sistem eSPLG untuk guru-guru

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah membangunkan sebuah sistem aplikasi atas talian (online) yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Guru atau eSPLG yang bertujuan bagi memudahkan urusan pengurusan, pentadbiran, dan penyimpanan data berkaitan latihan yang disertai oleh para guru.

Secara umumnya, sebelum pengenalan aplikasi ini para guru perlu merekod setiap latihan dan aktiviti yang disertai oleh mereka sama ada di dalam sekolah atau diluar sekolah di dalam sekeping kad kecil yang berwarna biru. Kad tersebut perlu diisi secara manual dan oleh kerana saiznya yang kecil, para guru perlu membuat salinan terlebih dahulu sebelum mengisinya untuk mengelak sebarang  kesilapan sewaktu mengisi kad tersebut.

Sistem eSPLG dapat diakses terus menerusi portal Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pelajaran Malaysia (SPLKM) iaitu salah satu portal penting yang wajib diketahui oleh para guru. SPLKM telah dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan pengurusan  proses-proses latihan, kursus, seminar, dan bengkel yang telah disertai oleh para guru.

Melalui SPLKM, guru-guru dapat mendaftar masuk di bahagian modul individu untuk melihat senarai kursus yang telah mereka sertai. Walau bagaimanpun, senarai kusus tersebut perlu dikemaskini atau dimasukkan oleh setiausaha atau penganjur Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) tersebut. Melalui sistem ini, para guru dapat menyemak sama ada bilangan kursus yang disertai oleh mereka pada tahun tersebut mencukupi atau tidak. Kursus atas talian seperti kursus Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) turut tersenarai di dalam sistem tersebut.

Tidak seperti Sistem Pengurusan Sekolah yang berada di bawah Modul Pengurusan Guru (eOperasi), SPLG lebih menekankan fokus pada latihan yang diterima oleh para guru, sama ada kursus, bengkel, PLC, dan sebagainya.

Mengapa eSPLG penting?

SPLG telah dibangunkan bagi mengurus, mentadbir, dan merekod semua data dan maklumat berkaitan sesi latihan yang telah dijalankan pada peringkat eksekutif dan juga berfungsi untuk merekod kursus, sesi pembelajaran, dan sesi pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh para guru melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul Book Review (BR).

Daftar untuk eSPLG di URL: http://apps1.moe.gov.my/splg/296

Pilih Modul Individu dan klik padanya dan anda akan dibawa terus ke pautan baru untuk pendaftaran: http://apps1.moe.gov.my/splg/i_SPLG/index.cfm

Gunakan nombor kad pengenalan tanpa menggunakan sebarang simbol untuk daftar masuk. 4 angka akhir di kad pengenalan adalah kata laluan anda. Kata laluan boleh diubah selepas anda berjaya mendaftar masuk dengan menekan menu tukar kata laluan.

Portal eSPLG

Daftar masuk di: https://splkpm.moe.gov.my

(Pilih modul individu)

Masukkan nombor kad pengenalan beserta kata laluan

Selepas berjaya mendaftar masuk, anda akan melihat menu tersebut:

  • Pengenalan
  • Pengurusan SPLKM
  • Senarai kursus yang ditawarkan
  • Kemaskini permohonan kursus
  • Sesi latihan dan pembelajaran
  • Senarai kehadiran LDP/ daftar KKL
  • Senarai bimbingan dan mentor
  • Senarai PLC
  • Aktiviti kendiri/ PBB yang lain
  • Rekod latihan yang lain
  • Analisis dan laporan
  • Utiliti pengguna
  • E-Profil
  • Kurrikulum

Training Needs Analysis (TNA) ialah sebuah kaji selidik berkaitan keperluan sesuatu kursus. Pergi ke Analisis dan laporan untuk menyemak jumlah kursus yang dihadiri setahun dengan menekan butang menu, setrusnya klik pada laporan dan jumlah hari yang dihadiri bakal dipaparkan.

Kursus yang disenaraikan di portal SPLKM adalah kursus yang telah didaftar setiausaha LDP di sekolah tersebut. Rujuk semula pada setiausaha LPD jika kursus yang dihadiri tiada di dalam senarai.

Berpandukan Pekeliling No. 4 2014, setiap kursus yang dihadiri perlu direkod di dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL). Walaupun PSD telah menangguhkan kewajipan Kursus 7- Hari dalam setahun, Kementerian Pelajaran masih meneruskan perlaksanaan tersebut seperti yang tertera di dalam Surat Pengurusan Latihan yang disampaikan oleh Kementerian Pelajaran sendiri. Pelbagai alternatif disediakan buat para guru yang gagal mencapai jumlah 7 hari  yang dikendaki, seperti:

Latihan Konvensional

Contoh: Kursus, seminar, konvension, bengkel, forum, lawatan belajar, simposium, kaunseling, dan klinik.

Latihan Kendiri

Contoh: Penggunaan EPSA, BOSOT, pembacaan buku akademik, pembacaan jurnal akademik, akademik secara fizikal atau maya.

Sesi pembelajaran

Contoh: Sesi perkongsian ilmu, Program ceramah eksekutif, Perhimpunan bulanan, Program sambutan, Ceramah, Syarahan, Forum, pembentangan kertas kerja, sesi perbincangan, PLC, dan sesi penyampaian kuliah.

eProfil

eProfil bertujuan untuk mengumpul maklumat kepakaran guru di Malaysia. Maklumat kepakaran yang diperoleh membolehkan BPG dan KPM untuk melaksanakan dan mengukuhkan pelan latiahan yang lebih efektif di masa hadapan.

Modul utama di eSPLG ialah modul eProfil kerana maklumat asas pegawai di setiap bahagian dan jabatan masih menggunakan maklumat asas SPLG, sementara maklumat asas eProfil untuk para guru pula dapat diakses terus daripada EMIS,

Mengemaskini eProfil anda – pilih profil 1

Tekan hantar selepas semua maklumat lengkap diisi

Mengemaskini profil individu 2

Untuk pegawai /guru vokasional dan teknikal

Kemaskini pengalaman 

Bahagian lain yang perlu dikemaskini termasuk anugerah dan penghargaan, sumbangan, penglibatan profesional dan tidak profesional.

Daftar kursus luar yang dihadiri (KKL), seperti di PPD atau JPN yang dijalankan di luar sekolah.

Sila daftar Book Review (BR) jika keperluan latihan 7 hari tidak dikecapi.

Semak dan cetak laporan.

Terlupa kata laluan?

Log masuk ke SSO KPM dan klik pada butang ‘Terlupa kata laluan’ jika anda terlupa kata laluan. Maklumkan pada SULDP sekolah anda untuk tindakan selanjutnya.

Be the first to comment on "Login sistem eSPLG untuk guru-guru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*