Aplikasi PAJSK Online Oleh KPM

Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK) adalah salah satu komponen yang dinilai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem Pentaksiran ini adalah penilaian yang diperlukan untuk semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem ini diperkenalkan sebagai sistem atas talian untuk membolehkan pihak yang bertanggungjawab (guru) untuk memasukkan data dengan mudah dan efisien. PAJSK diimplementasikan di sekolah-sekolah menengah bermula dari tahun 2012 dan sekolah-sekolah rendah pada 2014.

Tidak seperti Modul Pelajar dibawah Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid, sistem PAJSK ini bukan hanya memberi fokus kepada data murid. Penilaian ini melibatkan laporan murid dalam penglibatan dan aktiviti. Ia merangkumi tiga komponen penilaian iaitu SEGAK, ekstra kurikulum dan kokurikulum

Penglibatan dalam ketiga-tiga komponen ini adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan aktiviti ini adalah sama dengan aktiviti kurikulum di dalan kelas kerana ia melengkapi pengajaran dan pembelajaran murid begitu juga dalam pembangunan murid yang sempurna dalam aspek kognitif, efektif, dan psikomotor.

SEGAK

-Ujian dibuat di sekolah untuk mengenal pasti tahap kecergasan dan indeks jisim badan (BMI).

-DIadakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos bagi pelajar tahun 4 hingga tahun 6.

-Ujian yang diadakan termasuk indeks jisim badan (BMI), naik turun bangku, ringkuk tubi separa, dan tekan tubi.

KOKURIKULUM

-Merangkumi penglibatan dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan, dan unit beruniform.

-Semua penglibatan direkod untuk menggalakkan murid mencari markan yang mengikuti penglibatan mereka dalam aktiviti.

-Hanya markah tertinggi akan diambil kira sama ada daripada sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform.

-Jumlah markah adalah 110 (Penglibatan 50 markah, penyertaan 40 markah, prestasi 20 markah)

-Markah yang diberi juga bergantung kepada kedudukan dan peranan murid dalam aktiviti (sebagai ketua kumpulan, pengerusi, ahli kelab, ahli aktif, dan lain lain), komitmen dan pencapaian dalam bidang tertentu, serta tahap penglibatan (peringkat sekolah, negeri, daerah, kebangsaan)

Ekstra kurikulum

-Personaliti murid sewaktu penglibatan dalam komuniti dan aktiviti sukarelawan.

– Sama ada dalam waktu persekolahan atau luar waktu persekolahan.

-Melibatkan aktiviti sukarela, anugerah dari badan luaran, aktiviti komuniti dan program NILAM.

Komponen yang dinilai dalam PAJSK

Penyerahan markah untuk PAJSK adalah seperti berikut:

Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahwa PAJSK membawa kredit sebanyak 10% bagi membolehkan pelajar diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Login PAJSK

Untuk log masuk ke dalam sistem PAJSK untuk melihat markah kokurikulum atau mengemas kini data, layari laman web https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Halaman utama adalah seperti di atas. Pilih sama ada sekolah rendah atau menengah, klik pada pilihan yang diingini daripada senarai yang diberi. Dalam contoh ini, Guru Penolong Kanan untuk aktiviti kokurikulum yang dipilih.

Masukkan Kod Sekolah dan kata laluan. Unutk log masuk pertama kali ke laman web PAJSK 2017, kata laluan adalah 123456.

Setelah log masuk, tukar kata laluan lama kepada kata laluan baru dan masukkan informasi untuk Guru Penolong Kanan yang telah diberi. Klik Simpan setelah semua informasi telah dimasukkan.

Kemaskini markah PAJSK online

Klik Kemas Kini Markad Murid and masukkan GPA murid bagi tahun sebelum.

Pilih Tahun -> Klik Cari

Jika anda mahu melakukan carian yang lebih spesifik, pilih tahun (kelas) -> masukkan nombor kad pengenalan/nombor sijil lahir/nombor pasport dan klik butang cari.

Halaman seperti di bawah akan dipaparkan. masukkan informasi yang diperlukan dan tekan Simpan.

Menu lain boleh dibuka jika semua markah untuk tahun sebelum telah dimasukkan.

Pilih menu Kelab Persatuan/Sukan Permainan/Badan Uniform/Ekstra Kurikulum. Dalam contoh ini, Kelab Persatuan telah digunakan.

Pilih Tahun dan nama pelajar yang dikehendaki -> Klik Cari.

Halaman seperti di bawah akan ditunjukkan:

Klik pada ikon kertas untuk mendapatkan paparan seperti di bawah. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik Simpan.

Setelah disimpan, paparan seperti di bawah akan ditunjukkan.

Pengguna juga boleh mengemas kini dan menambah aktiviti baru bagi murid.

Klik pada ikon pensil bagi mengemas kini.

Klik pada butang tambah untuk menambah aktiviti. Penambahan aktiviti hanya memerlukan informasi berkaintan dengan peringkat dan tahap pencapaian.

Setelah dikemas kini, paparan di bawah akan ditunjukkan.

Aktiviti utama – tidak boleh dibuang, hanya boleh dikemas kini.

Aktiviti tambahan – boleh dibuang dan dikemas kini.

Memasukkan markah untuk SEGAK

Pilih Tahun dan kelas -> Cari

Paparan di bawah akan ditunjukkan.

Klik pada ikon kertas dan paparan di bawah ditunjukkan. Isi semua informasi yang diperlukan dan simpan.

Klik laporan -> Analisis Markah untuk melihat markah individu dan aktiviti.

Pilih Tahun, Kelas dan ikon kertas. Paparan di bawah akan ditunjukkan.

Klik pada laporan -> Senarai Markah untuk melihat markah akhir untuk setiap komponen mengikut kelas.

Pilih Tahun dan kelas, dan paparan dibawah akan ditunjukkan.

Mencetak

Klik pada ikon pencetak untuk mencetak semua informasi dan markah murid mengikut kategori.

Klik ikon kertas untuk mencetak informasi dan markah secara individu.

Markah kokurikulum

Klik pada Pengesahan Markah -> Markah Kokurikulum dan paparan di bawah akan ditunjukkan.

Calon Lengkap – Murid yang sudah melengkapi ketiga-tiga komponen.

Calon Tidak Lengkap – Sesetengah markah belum dimasukkan. Klik pada nombor berwarna biru, senarai murid akan dipaparkan.

Calan tidak berdaftar – Tiada markah yang telah dimasukkan bagi apa apa komponen.

Pengesahan

Klik pada ikon X. Pengguna akan dibawa ke halaman dimana informasi murid boleh dilengkapkan.

Setelah semua informasi lengkap, butang SAH MARKAH akan diaktifkan. Kemudian, klik butang untuk pengesahan.

Nota: Pengguna  tidak boleh membuat apa apa perubahan setelah butang oengesahan ditekan. Untuk mengisi semula, pengguna perlu menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sila pastikan semua markah yang dimasukkan telah dimasukkan dengan betul bagi mengelakkan apa apa kesulitan.

Berikut adalah halaman yang akan dipaparkan apabila markah telah disahkan.

Proses kemasukan dan mengemas kini markah ke dalah sistem PAJSK adalah tidak menyulitkan. Namun begitu, masalah lain yang dihadapi adalah seperti beban kerja guru, akses internet yang lemah dan faktor luaran lain yang dialami sewaktu menjalani proses ini.

Carta alir penggunaan sistem PAJSK

Be the first to comment on "Aplikasi PAJSK Online Oleh KPM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*