Panduan Lengkap Permohonan eGtukar

Modul sistem eGtukar adalah antara modul yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi urusan permohonon pertukaran sekolah. Sistem ini diasaskan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat KPM dan diselenggara oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Sektor Operasi Pendidikan, KPM. Permohonan akan dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan April bagi pertukaran bulan Jun dan bulan September bagi pertukaran bulan Januari.

Langkah log masuk ke sistem eGtukar

1. Pengguna boleh menekan ke https://epgo.moe.gov.my/index.cfm.

2. Pengguna yang kali pertama log masuk ke sistem eGtukar perlu mendaftar ke https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

Pendaftaran ke Sistem eGtukar

Untuk log masuk ke sistem eGtukar, guru yang ingin membuat permohonan pertukaran perlu mendapatkan ID pengguna dan katalaluan,

Guru tersebut perlu mengisi maklumat diri yang diperlukan ketika mendaftar. Antara maklumat diri yang diperlukan ialah:

  1. Nama dalam kad pengenalan
  2. Nombor IC
  3. Nombor gaji pengguna
  4. Katalaluan pengguna
  5. Alamat emel
  6. Tarikh lahir pengguna
  7. Soalan keselamatan dan jawapan

Maklumat penting untuk membuat permohonan pertukaran

  • Permohonan pertukaran hanya boleh dipohon sekali sahaja bagi setiap sesi pertukaran dan guru tersebut perlu mendaftar ke sistem untuk mendapatkan ID pengguna dan katalaluan.
  • Permohonan pertukaran ke sekolah jenis yang sama dalam negeri yang sama adalah tidak dibenarkan.
  • Tiada perubahan maklumat dibuat setelah permohonan dihantar.
  • Sistem eGtukar hanya akan memproses permohonan yang dihantar dalam sistem.
  • Maklumat yang dipaparkan di menu perlu dicetak untuk mendapatkan nombor permohonan dan nombor tersebut akan diserahkan kepada pengetua atau guru besar sekolah sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Syarat- syarat permohonan

  1. Ciri-ciri guru yang tidak layak memohon ialah; Guru yang telah tamat LPBS tetapi belum cukup 36 bulan tempoh perkhidmatan di sekolah.

i) Guru sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti.

ii) Guru yang bercuti tanpa gaji

iii) Guru yang dikenakan tindakan tatatertib

iv) Guru yang sedang mengikuti Kursus atau cuti belajar

v) Guru yang menjalani Latihan Pengurusan Berasaskan Sekolah.

  1. Permohonan hanya boleh dibuat ke negeri yang mempunyai kekosongan jawatan. Permohona yang dibuat ke negeri yang tidak mempunyai kekosongan jawatan akan ditolak.
  2. Guru yang memohon perlu mendapatkan 2 surat kebenaran iaitu surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri.
  3. Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan seperti yang diarahankan oleh Kementerian Pelajaran.
  4. Pemalsuan maklumat dalam permohonan akan menatijahkan permohonan tersebut tidak diluluskan dan sekiranya diluluskan, keluluskan tersebut akan dibatalkan.
  5. Jawatan yang diperolehi oleh guru yang diluluskan permohonan pertukarannya akan gugur serta merta.
  6. Semua salinan yang perlu disahkan hanya boleh disahkan oleh pengetua atau guru besar
  7. Jabatan Pelajaran Negeri/ Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menentukan penempatan guru di sekolah.

Soalan-soalan lazim

Sebab utama permohonan pertukaran guru diluluskan.

Kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen (guru yang mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka) di negeri yang dipohon.

Gred guru yang layak memohon pertukaran melalui sistem eGtukar.

Permohonan terbuka bagi jawatan Guru Penolong Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41, DG42, DG44, DG48, DG52 dan DG54. Bagi jawatan pentadir dan guru cemerlang, permohon perlu mengisi borang permohonan dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau ke bahagian dibawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP).

Tarikh pengumuman keputusan permohonan.

Penyemakan tarikh keputusan permohonan akan diberitahu dan dipaparkan di sistem eGtukar.

Tempoh perkhidmatan untuk diluluskan permohonan pertukaran.

Tiada had maksimum atau minimum tempoh perkhimatan yang diperlukan untuk memohon pertukaran sekolah oleh guru.

Bolehkan seorang guru memohon pertukaran ke sekolah/daerah yang mempunyai kekosongan?

Permohonan pertukaran hanya boleh dipohon ke sekolah/daerah yang dibuka kekosongannya didalam sistem eGtukar sahaja. Tambahan pula, permohonan hanya akan diluluskan bergantung kepada bilangan permohonan yang dibuat ke sekolah/daerah tersebut, kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen.

Faktor diluluskan permohonan pertukaran sekolah.

Faktor mempengaruhi pertukaran diluluskan ialah kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan, keperluan opsyen dan faktor-faktor yang lain yang dikirakan wajar.

Adakah dibolehkan untuk membuat pertukaran suka sama suka antara dua orang guru?

Tidak, kerana pertukaran sekolah hanya boleh dibuat dengan mengambil kira keperluan opsyen, kekosongan jawatan, dan kepentingan perkhidmatan bagi sesebuah sekolah/ daerah.

Sekiranya pengetua atau guru besar tidak membenarkan permohonan pertukaran dibuat oleh guru yang memohon, adakan permohonan tersebut akan dibatalkan?

Permohoan pertukaran tersebut tetap akan dipertimbangkan mengikut kepentingan perkhidmatan.

Adakah permohonan pertukaran yang ditolak boleh dibuat rayuan semula?

Tidak, kerana keputusan permohonan pertukaran sekolah adalah muktamat. Permohonan pertukaran boleh dibuat pada sesi yang seterusnya.

Bolehkan permohonan pertukaran yang diluluskan dibatalkan?

Tidak, guru tersebut perlu melaporkan diri ke sekolah baru yang ditempatkan dalam tempoh yang diberi dan kegagalan untuk membuat perkara demikian akan menyebabkan guru tersebut dikenakan tindakan tatatertib.

Pihak yang boleh dihubungi jika berlaku masalah untuk melayari modul eGtukar.

Sekolah Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik – Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sekolah SABK, SABK (M) dan SMKA – Bahagian Pendidikan Islam/ Jabatan Pendidikan Negeri.

Sekolah Rendah Harian (SK, SKJC dan SJKT) dan Sekolah Menengah Harian – Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional – Bahagian Pendidikan Khas/ Jabatan Pendidikan Negeri.

Sekolah Berasrama Penuh – Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Sekolah Sukan – Bahagian Sukan

Sekolah Seni – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian.

Permohonan pertukaran untuk mengikut pasangan yang diarahkan untuk berkhidmat selepas tempoh permohonan pertukaran ditutup.

Permohonan tersebut perlu dibuat secara manual dengan memuat turun borang permohonan dari sistem eGtukar dan perlu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara setelah mendapat pengesahan dari pengetua atau guru besar.

Bagaimana untuk membatalkan permohonan pertukaran sekolah.

Jika permohonan tersebut belum mendapat pengesahan pengetua atau guru besar maka pemohon boleh membatalkannya dengan sendiri.

Jika permohonan telah dibuat oleh pengetua atau guru besar maka pemohon perlu membatalkan permohonan di PPD/JPN.

Penangguhan tarikh bertugas?

Penangguhan Tarikh mula bertugas boleh dengan melaporkan diri terlebih dahulu di sekolah baharu kemudian memohon untuk menangguhkan tarikh mula berkhidmat. Pengetua atau guru besar diberi masa 14 hari untuk mempertimbangkan permohonan penangguhan tersebut.

Be the first to comment on "Panduan Lengkap Permohonan eGtukar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*