Panduan Log Masuk ke Portal ePerolehan

ePerolehan adalah merupakan sebuah sistem perolehan elektronik yang dibina bertujuan untuk memudahkan pihak kerajaan melakukan aktiviti perolehan di samping meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan. Sistem ini membolehkan proses perolehan dibuat secara elektronik iaitu melalui internet berbanding dengan cara tradisional (manual).

Portal ini berfungsi sebagai satu platform utama yang membolehkan agensi kerajaan dan juga pembekal-pembekal untuk melakukan transaksi urus niaga dengan lebih cekap dan selamat.

ePerolehan juga membolehkan pembekal untuk mempamerkan dan memasarkan produk mereka ke rangkaian di seluruh dunia, memudahkan urusan pesanan pembelian dan menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan hanya melalui internet. Produk-produk tersebut boleh dilihat melalui komputer di laman eKatalog.

Melalui sistem ePerolehan ini, para pembekal boleh menghantar sebut harga mereka, mendapat dan menghantar dokumen tender dan juga menyemak status permohonan. Dalam masa yang sama, para pembekal juga boleh membuat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan atau memperbaharuinya serta membayar yuran pendaftaran secara dalam talian.

Rangka kerja ePerolehan ini melibatkan beberapa buah pihak bagi menjamin transaksi yang lebih selamat antara penjual dan pembeli. Tambahan pula, sistem ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menyeluruh untuk memastikan proses perolehan berjalan dengan sempurna.

Antara manfaat yang diterima pembekal ialah:

  • Pihak kerajaan yang ingin membeli mudah untuk menghubungi pihak pembekal di mana jua dan tanpa mengira masa.
  • Memberi peluang kepada para pembekal untuk beralih kepada perniagaan secara dalam talian.
  • Para pembekal dapat menguasai konsep perniagaan atas talian dengan lebih cepat sekiranya mereka menggunakan sistem ePerolehan.
  • Pengiklanan produk menjadi lebih murah dan lebih cepat untuk disebarkan supaya dapat dicapai oleh ramai bilangan pembeli.
  • Para pembekal dapat membuat pengiklanan tanpa sempadan melalui internet pada harga yang amat rendah.
  • Proses yang lebih mudah di samping dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi dengan berkurangnya kerja-kerja manual. Operasi perniagaan melalui sistem ini berjalan secara automatik di mana urusan pembelian akan menjadi lebih pantas.
  • Kaedah pembayaran elektronik yang disokong oleh rangkaian infrastruktur keselamatan bertahap tinggi akan memastikan pembekal mendapat bayaran dengan lebih cepat.
  • Memperbaiki perancangan perniagaan dan ramalan berkaitannya dengan sewajarnya supaya proses perolehan menjadi lebih teratur dan berkesan.

Antara manfaat yang diterima pihak kerajaan pula ialah:

  • Proses perolehan menjadi lebih berkesan dan teratur selaras dengan transformasi negara ke arah K-ekonomi. ePerolehan bertindak sebagai jentera bagi pihak kerajaan dalam langkah menuju ke arah ekonomi baru dan persekitaran perniagaan yang melangkaui negara.
  • Penggunaan ePerolehan dapat mengurangkan kos operasi dan kos pentadbiran memandangkan proses transaksinya yang dikurangkan bagi menjadikannya lebih mudah.
  • Rangkaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah lebih baik dan terkini. Pihak kerajaan yang menjadi pembeli akan dapat mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan secara serta-merta sekali gus menjadikan mereka pembeli yang lebih berpengetahuan.
  • Maklumat berkenaan senarai harga produk terkini sentiasa terdapat di dalam talian. Sistem ePerolehan sentiasa dikemas kini dengan maklumat baharu supaya dapat membantu para pembeli untuk membuat pilihan yang tepat.
  • Tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan. Penggunaan ePerolehan ini secara tidak langsung menjadikan pekerja di sektor awam dan swasta sebagai warga yang celik IT.
  • Pengurusan pembelian dan pembayaran yang lebih baik. ePerolehan membolehkan pembeli untuk mengesan dan mengaudit transaksi perolehan yang telah dibuat.

Pendaftaran Pengguna

Sebelum mula menggunakan sistem ePerolehan, mana-mana syarikat yang berminat perlu mendaftar dahulu dengan Kementerian Kewangan secara dalam talian. Kemudian, buat permohonan dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu Medium Akses ePerolehan yang akan digunakan sewaktu membuat transaksi perolehan secara dalam talian.

Permohonan boleh dilakukan di laman web: https://sas.commercedc.com.my/SAS/userlogin.asp.

Manakala laman web ePerolehan pula ialah www.eperolehan.gov.my.

  1. Klik pada ikon kedua seperti gambar di atas untuk pergi ke laman pendaftaran pembekal dan perunding. Anda kemudiannya akan dibawa kepada skrin log masuk.

  1. Pilih sama ada anda ingin meneruskan aktiviti di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  2. Bagi pengguna yang baru pertama kali log masuk, pilih menu mendaftar sebagai kontraktor baru.

Pengguna yang telah mendaftar boleh terus log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Pihak Kementerian Kewangan akan memaparkan notis berkenaan pendaftaran syarikat pada skrin seperti di atas dari semasa ke semasa.

Kemudian, halaman terma dan syarat akan dipaparkan. Sila baca dengan dengan teliti sebelum anda klik pada butang Setuju di bahagian bawah halaman tersebut. Syarikat yang mendaftar CBP dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu mengisi nombor pendaftaran CBP mereka di ruangan yang disediakan.

Seterusnya, skrin Aplikasi Pembekal akan dipaparkan di mana terdapat senarai bahagian yang perlu diisi oleh pengguna.

  1. Baca setiap bahagian dengan teliti untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  2. Klik pada butang Teruskan untuk pergi ke skrin yang seterusnya.

Skrin pendaftaran akan dipaparkan.

  1. Cipta ID log masuk anda.
  2. Masukkan maklumat Pembekal.
  3. Masukkan maklumat Penyedia Perkhidmatan (jika berkenaan).
  4. Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah dimasukkan dan klik butang Teruskan.

Anda akan dibawa ke skrin Perincian Pembekal.

  1. Masukkan Maklumat Perniagaan anda.
  2. Masukkan maklumat berkaitan Rangkaian Urusniaga.
  3. Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah dimasukkan dan klik butang Teruskan. Anda juga boleh melihat semula maklumat yang telah dimasukkan sekiranya anda ingin memadam maklumat tersebut.

Perincian Perniagaan Lebih Lanjut – Jenis Pendaftaran.

Di bahagian Jenis Pendaftaran, anda perlu memilih berdasarkan pendaftaran syarikat anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lengkapkan bahagian-bahagian seterusnya seperti:

  • Maklumat syarikat.
  • Cawangan syarikat.
  • Pengalaman projek syarikat.
  • Status modal dan ekuiti.
  • Pemegang modal dan ekuiti.
  • Maklumat berkaitan Medium Akses ePerolehan.
  • Maklumat kakitangan.
  • Senarai pengarah baru/ pengurusan tertinggi.
  • Pegawai yang diberi kuasa dalam urusan pemerolehan kerajaan.
  • Maklumat kewangan dan cek penandatangan.
  • Bidang pekerjaan.
  • Dokumen sokongan.
  • Maklumat pembayaran pendaftaran.
  • Pengisytiharan
  • Pengesahan

Sejurus sahaja kesemua bahagian di atas telah dilengkapkan, sistem tersebut akan menjana cetakan butiran pembayaran dan permohonan.

Contoh Cetakan Butiran Pembayaran

Contoh Cetakan Butiran Permohonan (akan menjadi beberapa muka surat)

Bantuan ePerolehan

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau memerlukan bantuan berkenaan sistem ini, ePerolehan menyediakan modul pembelajaran dalam talian yang dikenali sebagai ePerolehan Online Learning (ePOL). Terdapat dua kaedah pembelajaran yang disediakan iaitu Pembelajaran Multimedia atau Latihan Berasaskan Komputer (CBT) yang tidak dikenakan sebarang bayaran, dan juga Latihan Secara Bersemuka (latihan di bawah pimpinan tenaga pengajar) yang akan dikenakan bayaran tetap.

Para pengguna juga boleh berkunjung ke Pusat ePerolehan (ePC) atau menghubungi talian bantuan 03-7985 7777 atau menghantar e-mel ke bantuan@eperolehan.gov.my untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.

Be the first to comment on "Panduan Log Masuk ke Portal ePerolehan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*