Permohonan Guru Tabika Taska Kemas 2018/2019

Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) telah mempelawa dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakkan untuk memohon sebagai Guru Tabika Kemas pada setiap negeri. Peluang ini bukan sahaja dapat melahirkan warga pendidik yang berwawasan malah dapat memberi peluang kepada para graduan yang menganggur yang masih lagi tidak mendapatkan pekerjaan. Melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, KEMAS membuka peluang ini kepada individu  yang berkelayakan dan ingin menjadi seorang warga pendidik. Pemohoanan ini bukan sahaja terbuka kepada perempuan malah juga terbuka kepada lelaki.

Untuk memohon permohonan ini, pemohon hendaklah mempunyai ciri dan menepati syarat permohonan Guru Tabika Kemas seperti yang telah ditetapkan oleh jabatan KEMAS. Antara kelayakan yang perlu ada pada pemohon adalah pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan. Pemohon juga perlu memiliki Sijil Diploma daripada institusi awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Untuk pengetuahuan umum, keutamaan akan diberi kepada pemohon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak .

Syarat-syarat untuk menjadi Guru Tabika atau Taska Kemas adalah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip dan memperoleh nilai CGPA 2.70 ke atas bagi melepaskan syarat permohonan. Seterusnya, pemohon harus tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan. Permohonan ini juga hanya akan diterima kepada calon graduasi diploma sahaja. Pemohon yang masih bergelar pelajar tidak dibenarkan untuk memohon.

Permohonan dibuka selama 2 minggu iaitu bermula pada 22 Oktober 2018 (Isnin) pada jam 9 sehingga 5 November 2018 (Isnin) pada jam 12 tengahari.

Permohonan Online Guru Tabika KEMAS 2019

Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
22 Oktober 2018 05 November 2018

Cara untuk membuat permohonan adalah dengan dapatkan borang yang boleh dimuatnaik secara atas talian online.Calon juga perlu mengisi borang permohonan guru Tabika atau Taska seperti yang dimuat turun kemudian lengkapkan borang permohonan.Permohonan hanya akan diterima melalui laman web ejawatan. Setelah mengisi borang online, pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga daripada pihak Jabatan. Jika setelah 3 bulan daripada tarikh tutup panggilan temuduga pemohon tidak dipanggil maka itu bermakna permohonan gagal. Selepas menjalani temuduga, pemohon akan dihubungi semula sama ada temuduga tersebut berjaya atau tidak.

Apabila pemohon telah lulus diperingkat temuduga, pemohon akan menjalani Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK). Tempoh masa untuk menjalani kursus ini adalah 3 bulan bagi pemohon lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak manakala 6 bulan bagi pemohon lepasan Diploma Pelbagai Jurusan. Setelah menjalani kursus tersebut, pemohon yang lulus kursus SPAKK sahaja yang layak dipertimbangkan untuk dilantik menjadi sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Tabika dan Taska) Gred 29 kontrak. Kursus yang dijalankan itu bukanlah jaminan untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Be the first to comment on "Permohonan Guru Tabika Taska Kemas 2018/2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*