Permohonan Kemasukan Baru ke MRSM Tahun 2019

Berita baik buat para pelajar yang bakal masuk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kini telah membuka permohonan kemasukan ke institusi tersebut secara dalam talian bagi sesiapa yang berminat.

Serba sedikit maklumat berkenaan MRSM, MRSM merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia yang menawarkan pembelajaran bertunjangkan ilmu pengetahuan, kepakaran dalam teknologi dan kemahiran keusahawanan.

Sehubungan dengan itu, para pelajar yang bersahsiah tinggi serta cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum dipelawa untuk memohon bagi kemasukan pada tahun 2019 sekiranya ingin mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). Mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah amatlah dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Tarikh permohonan secara atas talian ini akan dibuka bermula 9 SEPTEMBER 2018 sehingga 30 NOVEMBER 2018.

Bagi mereka yang sudah bertekad dan memasang niat untuk belajar di MRSM, anda tidak perlu menunggu sehingga keputusan peperiksaan UPSR dan PT3 keluar dahulu sebelum membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat walaupun tanpa adanya keputusan peperiksaan tersebut.

Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk akses ke laman web permohonan MRSM

Permohonan bagi pelajar Tingkatan 1

Permohonan bagi pelajar Tingkatan 4

Ayuh, rebut peluang anda untuk menimba ilmu di MRSM. Moga perkongsian artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan permohonan kemasukan ke MRSM Tahun 2019.

Be the first to comment on "Permohonan Kemasukan Baru ke MRSM Tahun 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*