Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

Rumah Impian Bangsa Johor ialah satu projek skim perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim bersempena hari ulang tahun keputeraan baginda sultan yang ke-59. Skim perumahan ini diuruskan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat. Baru-baru ini, satu majlis pecah tanah untuk membina lebih kurang 1,000 unit Rumah Impian Bangsa Johor telah dirasmikan di Kampung Sri Pantai, Mersing oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Antara jenis rumah yang ditawarkan menerusi skim perumahan ini ialah rumah teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat, rumah berkembar/ semi-D, rumah banglo dan rumah kedai. Kawasan perumahan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan dibina di atas tanah berkeluasan 57 hektar serta akan dijangka disiap dalam tempoh 24 bulan.

Tujuan utama projek Rumah Impian Bangsa Johor adalah bagi membantu rakyat Johor yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri. Skim perumahan ini terbuka kepada rakyat Johor yang layak dan telah melepasi proses pemilihan yang ketat dan teliti. Hal ini bagi memastikan hanya pemohon yang benar-benar layak sahaja dapat menerima bantuan tersebut. Bagi pemohon yang berjaya, mereka perlu membayar wang pendahuluan RM 1 dan bakal menerima 100% pinjaman penuh dan skim bayar balik yang mudah.

Bagi memastikan proses pemilihan dibuat secara adil dan saksama, satu jawatankuasa yang tersiri daripada Setiausaha Negeri dan ahli-ahli Lembaga Yayasan Sultan Ibrahim. Proses pemilihan akan dilaksanakan dan disahkan melalui sistem UPEN. Ahli jawatankuasa juga akan memilih kontraktor dan pengurus projek yang berkualiti.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

Sebelum membuat permohonan, pemohon perlulah memastikan mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Tinggal sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Johor
  3.  Berumur 18 tahun ke atas
  4. Bukan anak sulung atau anak tunggal.
  5. Permohonan dibuat kali pertama dan tidak memiliki rumah sendiri.
  6. Bagi pasangan berkahwin, hanya satu permohonan dibuat.

Pendapatan isi rumah bagi pemohon mestilah mengikut kategori di bawah;

JENIS/ KATEGORI HARGA PENDAPATAN
Rumah Impian Sultan Ibrahim RM 80,000-RM 100,000 Tidak melebihi RM 5,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (A) RM 100,000-RM 150,000 Tidak melebihi RM 8,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor (B) RM 150,000 dan ke atas Terbuka dan tertakluk kepada pemohon.

Harga bagi rumah teres satu tingkat bermula daripada RM 70,000 dan dilengakapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Manakala rumah teres dua tingkat akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air dan harga bagi seunit bermula daripada RM 200,000. Bagi rumah banglo atau rumah berkembar/ semi-D harga rumah bawah RM 100,000 seunit.

Para pemohon perlu membuat pra-pendaftaran secara atas talian menerusi sistem E-Mohon – Yayasan Sultan Ibrahim. Antara maklumat yang diperlukan bagi proses pra-pendaftaran ialah nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel, nombor telefon bimbit, dan pilihan projek. Pemohon yang telah membuat pra-pendaftar boleh mendaftar permohonan skim perumahan selepas seminggu. Emel dan mesej berkaitan maklumat tentang Rumah Impian Bangsa Johor akan dihantar kepada pemohon selepas membuat pra-pendaftaran.

Be the first to comment on "Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*