Semak Keputusan Pelajar 2019 dengan SAPS Ibu Bapa

Login SAPS Semakan Ibu Bapa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu system semakan yang dikenali segabai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS 2018 merupakan system yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah. Data dan analisis berdasarkan skala gred kebangsaan disimpan melalui SAPS dapat diguapakaian oleh pihak-pihak yang bergaitan.

SAPS Semakan Ibu Bapa 

Yang diketahui umum, SAPS 2018 memudahkan ibubapa/ penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian. Pengenalan sistem ini disambut baik semua waris kerana memudahkan proses pemantauan perkembangan dan kemajuan anak-anak di sekolah.

Faedah SAPS termasuklah ibu bapa boleh mengetahui markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas palajar anak-anak mereka. Contohnya, Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah.

Sila rujukan Catatan 1 bagi jenis-jenis peperiksaan yang akan menyediakan keputusan melalui SAPS.

Saps Semakan Guru

Guru-guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam menbentuk modal insan cemerlang dan memastikan pelajar-palajar mendapat keputusan yang cemerlang. Oleh itu, maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan dinilai dalam membuat rancangan pembelajaran berdasarkan kepada prestasi para pelajar.

Keputusan Peperiksaan Yang Dapat Disemak

Catatan 1            Pihak-pihak yang berkaitan dapat menyemak keputusan pelajar bagi peperiksaan yang berikut:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Trial Exam) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Namun bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti dahulu.

Cara semak keputusan peperiksaan secara atas talian

Langkah-langkah untuk melayari SAPS seperti berikut:

1. Sila layari Laman Web SAPS NKRA (https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php)

2. Masukkan nombor sijil lahir/ kad pegenalan palajar (tanpa”-” atau “Space”) tekan Cari

3. Pilih negeri

4. Pilih daerah PPD

5. Pilih sekolah – Tekan Semak

Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman berikutnya:-

6. Pilih tahun

7. Pilih jenis keputusan peperiksaan yang ingin semak (contoh Ujian 1 / peperiksaan tengah tahun)

8. Salanjutnya di Menu Analisis Markah, klik samada

– Papan Slip Keputusan ATAU

– Papan Markah Peperiksaan

Contoh Papan Slip Keputusan:

Contoh Papan Markah Peperiksaan:

Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan anda:

Gred Sekolah Rendah

§  80-100 Gred A Cemerlang

§  65-79 Gred B Baik

§  50-64 Gred C Memuaskan

§  40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum

§  0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum

§  TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

§  85-100 Gred A Cemerlang

§  70-84 Gred B Kepujian

§  60-69 Gred C Baik

§  50-59 Gred D  Memuaskan

§  40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum

§  0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum

§  TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

§  90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi

§  80-89 Gred A Cemerlang Tinggi

§  70-79 Gred A- Cemerlang

§  65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi

§  60-64 Gred B Kepujian Tinggi

§  55-59 Gred C+ Kepujian Atas

§  50-54 Gred C Kepujian

§  45-49 Gred D Lulus Atas

§  40-44 Gred E Lulus

§  0-39 Gred G Gagal

§  TH Tidak Hadir

TARIKH KEMASUKKAN MARKAH PEPERIKSAAN SEKOLAH

PEPERIKSAAN TAHUN/TINGKATAN TARIKH MASUK MARKAH
TARIKH MULA TARIKH AKHIR
*Ujian Awal Tahun Tahun 6

Tingkatan 5

Mac 2018 April 2018
Peperiksaan Pertengahan Tahun Tahun 6

Tingkatan 5

Mei 2018 Jun 2018
Peperiksaan Percubaan Tahun 6 Julai 2018 Ogos 2018
Tingkatan 5 September 2018 Oktober 2018
Peperiksaan Akhir Tahun 5

Tingkatan 4

awal November 2018 akhir bulan November 2018

Untuk makluman, tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 bagi sekolah masing-masing boleh memakai tarikh yang sama.

Be the first to comment on "Semak Keputusan Pelajar 2019 dengan SAPS Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*