Semakan eGUMIS Online dan Tuntutan WTD

Apakah yang dimaksudkan dengan WTD? 

WTD merupakan singkatan bagi Wang Tidak Dituntut di mana menurut seksyen 8 Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang tersebut perlu dibayar kepada pemilik sebenarnya dalam tempoh masa tertentu. Salah satu contoh bagi WTD ialah gaji, atau upahan, atau bonus, atau komisen yang perlu dibayar kepada kakitangan.

Jadi, siapakah yang memegang wang ini sekiranya pemilik sebenar tidak menuntutnya? 

WTD akan berada di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah. Wang tersebut akan disimpan mengikut peraturan kewangan seperti yang telah dikuatkuasakan sehinggalah pemilik sebenar menuntut wang mereka.

Bagaimanakah caranya untuk membuat semakan WTD?

Ada dua cara yang boleh dilakukan bagi sesiapa yang ingin membuat semakan WTD. Salah satu caranya ialah dengan berkunjung ke kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang terdapat di seluruh negeri. Pihak Kementerian Kewangan turut menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak ke kawasan pedalaman sebagai salah satu usaha untuk menyebar luas perkhidmatan mereka.

Manakala cara yang lain pula ialah dengan membuat semakan dalam talian. Menjelang suku kedua tahun 2018, pihak kerajaan akan melancarkan sistem dalam talian yang dikenali sebagai eGUMIS atau nama penuhnya Electronic Government Unclaimed Money Information System. Sistem dalam talian ini dicipta untuk memudahkan penduduk luar bandar membuat semakan sekiranya tidak berkemampuan untuk pergi ke kaunter JANM.

Semakan Melalui eGUMIS 

Buat masa ini, semakan melalui sistem eGUMIS masih belum boleh digunakan lagi sehinggalah majlis pelancarannya yang akan diadakan pada suku kedua tahun 2018. Sebarang maklumat terkini berkaitan eGUMIS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semakan di Kaunter JANM

  • Sila pastikan anda datang ke kaunter JANM mengikut waktu pejabat atau waktu yang telah ditetapkan pihak JANM bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Bawa bersama dokumen pengenalan diri anda seperti kad pengenalan atau jika ingin membuat semakan bagi pihak yang telah meninggal dunia, bawa bersama sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris.
  • Serahkan dokumen yang berkaitan kepada pegawai yang bertugas di kaunter.
  • Pegawai akan membuat semakan status WTD anda melalui sistem selama beberapa minit.
  • Seandainya anda layak untuk menuntut WTD, pegawai tersebut akan menerangkan kepada anda berkenaan prosedur untuk membuat tuntutan.
  • Anda tidak perlu risau tentang bayaran kerana pihak JANM tidak mengenakan sebarang caj kepada pelanggan.

Maklumat Penting Berkaitan WTD

  • Tiada had untuk membuat semakan atau tuntutan WTD.
  • Tiada tarikh tutup untuk membuat semakan dan tuntutan. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa mengikut kelapangan waktu.
  • Waris yang masih hidup boleh membuat tuntutan bagi pihak pewaris.
  • Tiada tuntutan minimum atau maksimum.
  • Keselamatan wang tesebut dijamin di bawah jagaan pihak kerajaan.
  • Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.
  • Anda akan dibayar tanpa dikenakan faedah.
  • JANM tidak pernah melantik ejen sebagai wakilnya.
  • JANM juga tidak pernah menghantar e-mel berkaitan WTD kepada sesiapa.
  • Tuntutan yang dibuat akan dibayar dalam masa satu bulan.

Langkah-langkah Untuk Membuat Tuntutan

  1. Isi borang tuntutan selengkapnya.
  2. Sertakan bersama dokumen yang berkaitan seperti salinan kad pengenalan, surat pengesahan daripada bank yang berkenaan dan penyata bank yang masih aktif supaya pembayaran balik dapat dibuat secara bank-in.
  3. Muat turun borang UMA-7 dan lengkapkan borang tersebut.
  4. Sertakan bersama dokumen yang berkaitan seperti salinan kad pengenalan (bahagian hadapan dan belakang) dan dokumen asal seperti buku bank atau sijil simpanan tetap dan sebagainya.
  5. Hantar borang bersama salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank yang masih aktif dan sudah disahkan oleh pihak bank.
  6. Tunggu sehingga pembayaran dibuat terus ke dalam akaun anda.

Be the first to comment on "Semakan eGUMIS Online dan Tuntutan WTD"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*